
10 lelaki tunggang motosikal secara berbahaya ditahan
KUALA LUMPUR, 10 Februari – Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) menahan 10 penunggang motosikal yang melakukan aksi berbahaya dalam Op Samseng Jalanan di Lebuhraya Kuala Lumpur – Seremban (PLUS) dan Lebuhraya Kajang – Seremban (LEKAS).
Pengarah JSPT Bukit Aman Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata operasi yang bermula pada 10.30 malam hingga 4 pagi tadi bertujuan membanteras kegiatan samseng jalanan serta mengurangkan risiko kemalangan jalan raya terutama ketika Op Selamat ke-21 yang sedang berlangsung.
Beliau berkata kesemua mereka yang berumur antara 17 hingga 23 tahun itu ditahan kerana melakukan aksi meniarap di atas motosikal di Kilometer (KM) 284 hingga KM 276 Lebuhraya Kuala Lumpur – Seremban dan KM 19 Lebuhraya Kajang – Seremban.
“Hasil soal siasat, mereka menyatakan lokasi terbabit dijadikan laluan untuk mereka pergi ke kedai makan yang terletak di Seremban 3 dan Nilai,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut beliau, kesemua mereka dibawa ke Balai Polis Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai untuk tindakan di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Selain itu, Mohd Azman berkata 48 saman dikeluarkan dalam operasi berkenaan dan polis turut menyita 10 motosikal.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
MELAKA SAMBUT BAIK USAHA NGO SOKONG ASPIRASI ‘MESRA’
BANDA HILIR 2 Mac - Kerajaan Negeri menyambut baik inisiaitf mana-mana NGO atau persatuan yang menganjurkan program-program membabitkan aspek kebajikan...
PENGKALAN BATU MERIAH DENGAN PROGRAM SEPANJANG RAMADAN
PENGKALAN BATU 2 Mac - Sejumlah hampir RM50,000 diperuntukkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Batu bagi melaksanakan pelbagai program...
1,047 PESERTA IMARAH MAJLIS MAHABBAH RAMADAN HAWA 2026
BANDA HILIR 1 Mac-Majlis Mahabbah Ramadan anjuran Majlis Hal Ehwal Wanita dan Keluarga UMNO Malaysia (HAWA) 2026 menghimpunkan seramai 1,047...
KEGEMBIRAAN 84 ANAK YATIM, ASNAF WARNAI Q’ASEH RAMADAN
AYER KEROH 1 Mac - Program Q’aseh Ramadan 2026 diharap dapat menjadi pemangkin kepada penyatuan umat Islam serta mengimarahkan masjid...
LELAKI TULAR BERPAUT PADA KERETA BEKAS ISTERI DITAHAN
JOHOR BAHRU 1 Mac - Polis telah menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung kejadian tular yang memaparkan dirinya berpaut...
PELUANG DAPAT ‘E-WALLET’ RM20 DI 4 BAZAR RAMADAN RAHMAH MELAKA
AYER KEROH 1 Mac - Pengunjung terawal dan bertuah berpeluang menerima baucar RM20 e-Wallet Touch ‘n Go (TNG) sempena penganjuran...

