Sorting by

×

10 PREMIS DI MELAKA SERTAI JUALAN RAHMAH KEMBALI KE SEKOLAH

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

AYER KEROH 18 Disember – Sebanyak 10 premis di Melaka terlibat dengan pelaksanaan Program Jualan Rahmah MADANI (PJRM) Kembali Ke Sekolah bagi menyahut aspirasi kerajaan dalam menangani perubahan kos sara hidup.

Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri Allex Seah Shoo Chin berkata, ia membabitkan sebanyak lima pasar raya tempatan iaitu Mydin, Ten Ten, Pusat Pakaian Hari-Hari, Lotus’s dan AEON di seluruh Negeri Melaka.

Jelas beliau, program itu berlangsung bermula hari ini (18 Disember) hingga 28 Disember depan dengan menawarkan set kelengkapan sekolah pada harga istimewa.

“Antara senarai premis terlibat dengan PJRM Kembali Ke Sekolah adalah Mydin MITC Ayer Keroh; Mydin Wholesal Hypermarket Bandar Jasin Bestari; Ten Ten Duyong; Ten Ten Taman Debunga Merlimau; Ten Ten Bukit Baru dan Ten Ten Sungai Udang.

“Selain itu, ia turut membabitkan AEON Ayer Keroh; Lotus’s Peringgit; Pusat Pakaian Hari-HariBandar Satelit Pulau Sebang dan Pusat Pakaian Hari-Hari Masjid Tanah,” katanya selepas merasmikan PJRM Kembali Ke Sekolah di pasar raya Mydin MITC, di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Melaka Dr. Mohd Hazimin Jamaludin.

Pada majlis itu, KPDN Melaka turut menyantuni seramai 30 anak-anak dari Persatuan Anak-Anak Yatim Bukit Katil.

Kesemua mereka menerima sumbangan tunai dan kit persediaan persekolahan bagi membantu meringankan beban, selain manifestasi tanda sokongan KPDN Melaka dalam memperkasa pendidikan anak-anak yang memerlukan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

431
Kongsi :
Previous post AB RAUF ZIARAH WARGA WARGA EMAS, PESAKIT KANSER HATI
Next post 10 ANAK SYARIKAT MCORP CATAT KEUNTUNGAN