
100 asnaf MAIM kini dilindungi insurans
AYER KEROH 6 ogos – Menyediakan skim perlindungan insurans antara inisiatif terbaharu dilaksanakan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dalam menjaga kebajikan dan kesejahteraan asnaf di negeri ini.
Setiausaha MAIM, Shaifulfazlee Mohamad berkata, menerusi inisiatif itu seramai 100 asnaf terpilih untuk menikmati skim perlindungan insurans yang dilaksanakan dengan kerjasama pihaknya dan Permodalan Nasional Berhad (PNB).
“Asnaf fakir dan miskin berkenaan yang berusia bawah 54 tahun ini turut menerima sijil Mikrotakaful Asnaf PNB dan diberikan taklimat berkaitan agar mereka jelas serta faham akan faedah yang bakal diterima.
“Menerusi skim ini memberi peluang dan ruang kepada asnaf mendapat perlindungan insurans sama ada perlindungan penyakit atau nyawa,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Menurutnya, kerjasama antara MAIM dan PNB itu diharap dapat memberikan manfaat kepada asnaf dan mempelbagaikan lagi bentuk bantuan kepada golongan berkenaan.
“Dana ini adalah daripada PNB yang begitu komited dalam membantu golongan asnaf mendapatkan perlindungan insurans untuk diri mereka,” katanya.
Terdahulu, Majlis Penyerahan Skim dan Sijil Mikrotakaful Asnaf PNB itu berlangsung di Kompleks Darul Huda, Balai Islam, pada Jumaat.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA RAI WIRA NEGARA SEMPENA 20 FEBRUARI
TELOK MAS 20 Februari – Kerajaan Negeri menghargai 100 jasa pesara tentera dan polis bersempena Hari Memperingati Tarikh Pengisytiharan Kemerdekaan...
20 FEBRUARI 1956: SIMBOL KESEPADUAN RAKYAT BINA NEGARA BANGSA
BANDA HILIR 20 Februari - Pengorbanan serta kesukaran yang ditempuhi pemimpin terdahulu dalam memperjuangkan kemerdekaan, meskipun tanpa pertumpahan darah, perlu...
DEWAN HANG TUAH BERWAJAH BAHARU, LOKASI IDEAL PELBAGAI MAJLIS
KOTA LAKSAMANA 20 Februari - Terletak di tengah bandar Melaka, berdirinya sebuah dewan yang menjadi lokasi ideal untuk pelbagai acara...
PENDUDUK BERSYUKUR DILEMA BANJIR 25 TAHUN BAKAL SELESAI
PAYA RUMPUT 20 Februari - Masalah banjir yang diwarisi sejak 25 tahun lalu di Taman Rambai Utama dan Taman Rambai...
WISMA MELAKA ‘NADI’ KEBAJIKAN MAHASISWA DI MESIR
AYER KEROH 20 Februari – Kebajikan 118 anak Melaka yang menimba ilmu di Mesir diberi perhatian Kerajaan Negeri menerusi perasmian...
SEJATI MADANI BANTU 4 USAHAWAN TANAH MERAH BERKEMBANG
PAYA RUMPUT 20 Februari – Empat usahawan di Kampung Tanah Merah menerima manfaat menerusi Geran Program Sejahtera Komuniti MADANI (SejaTi...
