Sorting by

×

1,000 IMARAH PAYA RUMPUT BERSELAWAT

Masa Membaca:1 Minit, 10 Saat

PAYA RUMPUT 13 Februari – Hampir 1,000 penduduk sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput memenuhi perkarangan Stadium Hang Jebat, di sini, bagi mengimarahkan Paya Rumput Berselawat dan Ceramah Perdana yang diadakan bersempena Karnival Demi Paya Rumput.

Program kerohanian itu bermula seawal jam 7.30 malam dengan alunan selawat pembukaan Sayyid Arshid yang dipimpin Kumpulan Fayha Al Sham.

Majlis kemudiannya berhenti seketika bagi memberi ruang kepada hadirin menunaikan solat Maghrib secara berjemaah.

Majlis ilmu itu turut diserikan dengan kehadiran Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paya Rumput Datuk Rais Yasin.

6087113933396315546
RAIS bersalaman dengan pengunjung yang hadir pada Paya Rumput Berselawat dan Ceramah Perdana di Perkarangan Stadium Hang Jebat. Foto Muhammad Rasul Azli Samad

Malam penuh keberkatan itu diteruskan dengan alunan selawat dan tausiyah yang disampaikan tiga penceramah jemputan termasuk penceramah selebriti.

Tiga penceramah jemputan itu adalah Ustaz Elyaz Ismail; Habib Muhammad Husein Bsa dan Ustaz Muhammad Hatta Syamsul Ariffin Abdul Rahim.

Perkongsian ilmu itu menyentuh mengenai kepentingan berpuasa, memperkukuh akidah, memelihara perpaduan serta mengimarahkan masjid dan surau sempena Ramadan.

Ia secara tidak langsung menjentik keinsafan buat umat Islam terdiri daripada pelbagai peringkat usia yang hadir.

Program tersebut bukan sahaja menjadi platform menyemai kecintaan terhadap Rasulullah SAW melalui selawat, malah pada masa sama ia juga memperkukuh ukhuwah dalam kalangan komuniti setempat, selari dengan panji ‘Paya Rumput Rumah Kita’.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

503
Kongsi :
Previous post MELAKA SIAPKAN LIMA JALAN BAHARU SEPANJANG TIGA TAHUN UNTUK KESELESAAN RAKYAT