
1,000 MERIAHKAN MELAKA BRISK WALK @ JEJANTAS TUN TEJA
PENGKALAN BATU 21 September – Suasana di Jejantas Tun Teja meriah dengan 1,000 peserta yang mengambil bahagian dalam aktiviti ‘brisk walk’ sejauh lima kilometer, di sini, semalam.
Program Melaka Brisk Walk @ Jejantas Tun Teja sempena Sambutan Hari Pelancongan Sedunia 2025 (WTD 2025) melibatkan peserta dalam kalangan penduduk Melaka selain ada yang datang dari Kuala Lumpur dan Johor.
Acara dimulakan dengan sesi senam robik dan zumba sekitar jam 8 malam sebelum pelepasan rasmi disempurnakan Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeri merangkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pengkalan Batu, Datuk Kalsom Noordin.
Hadir sama, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Datuk Shadan Othman serta tetamu lain.
‘Brisk Walk’ yang berlangsung selama lebih satu jam itu turut disertai tetamu yang hadir bagi bersama-sama memeriahkan program berkenaan.
Program diakhiri dengan sesi penyampaian medal kepada semua peserta disusuli sesi cabutan bertuah.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MASYARAKAT CINA AKUI MELAKA MEMANG MESRA, SAYANG RAKYAT
AYER KEROH 28 Mac - Gagasan Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) terus mendapat sokongan rakyat berbilang kaum, termasuk komuniti Cina di...
‘RAKYAT PUN SAYANG MELAKA’
AYER KEROH 28 Mac - Rata-rata rakyat Melaka mengakui dapat merasai gagasan Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) yang dibawa Kerajaan Negeri...
CUACA PANAS: MELAKA BERJAYA KURANGKAN 50 PERATUS PEMBAZIRAN AIR, TIDAK LAKSANA CATUAN
AYER KEROH 28 Mac - Meskipun berlaku kemerosotan paras air di empangan utama Negeri Melaka susulan cuaca panas berterusan, namun...
MELAKA PERHALUSI, TELITI KEPERLUAN BEKERJA DARI RUMAH
AYER KEROH 28 Mac - Kerajaan Negeri akan memperhalusi dan meneliti keperluan menguatkuasakan dasar Bekerja Dari Rumah melibatkan penjawat awam...
LEBIH 40,000 MERIAHKAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI MELAKA SAYANG RAKYAT
AYER KEROH 28 Mac - Lebih 40,000 rakyat berbilang kaum hadir memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Melaka Sayang Rakyat Peringkat...
RUMAH TERBUKA AIDILFITRI TERJEMAH MESEJ MELAKA SAYANG RAKYAT
AYER KEROH 28 Mac - Dalam agenda memajukan negeri menerusi pelbagai sektor baik pelaburan mahupun pelancongan, Kerajaan Negeri membuktikan pentadbiran...
