
11 kawasan terjejas akibat ribut – APM
AYER KEROH 22 Feb – Sebanyak 11 kawasan di dua daerah di negeri ini dilaporkan terjejas akibat ribut yang melanda lewat petang semalam.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) negeri Leftenan Kolonel (PA) Cuthbert John Martin Quadra berkata, sehingga jam 8 pagi tadi seramai 13 mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Balai Raya Kampung Belimbing Dalam.
“PPS itu kini menempatkan empat keluarga dari Kampung Belimbing Dalam yang terpaksa berpindah selepas rumah mereka mengalami kerosakan dan terputus bekalan elektrik.
“Dua kawasan terjejas di daerah Alor Gajah manakala sembilan lagi di Melaka Tengah,” katanya.

Katanya, antara kawasan yang terjejas adalah Kampung Belimbing Dalam, Krubong, Kampung Tanah Merah, Lanjut Manis, Pengkalan Batu dan Kampung Ladang.
Hujan lebat dan angin kuat semalam, turut menyebabkan banyak kejadian pokok tumbang di beberapa lokasi dan jalan utama.
Malah Balai Raya Pengkalan Batu turut mengalami kerosakan apabila struktur bumbung hadapan runtuh.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA TIDAK LAKSANA BEKERJA DARI RUMAH
ASAHAN 4 April - Kerajaan Melaka mengambil keputusan untuk tidak melaksanakan dasar bekerja dari rumah membabitkan penjawat awam negeri. Ketua...
PAMERAN WANG LAMA HIMPUN KOLEKSI UNIK
BANDA HILIR 4 April – Pameran Wang Lama dan Setem menghimpunkan lapan pengumpul mata wang lama sekali gus mendidik masyarakat...
PENANTIAN GENERASI KEDUA FELCRA BAKAL BERAKHIR
ASAHAN 4 April - Penantian 106 generasi kedua Felcra Desa Mesra Perdana, Bukit Sedanan, di sini, untuk memiliki tanah sendiri...
RAKYAT GEMBIRA SIMBOL ASAHAN SEJAHTERA
ASAHAN 4 April - Mentadbir sebuah kawasan terbesar dalam Negeri Melaka yang berkeluasan 214 kilometer persegi bukanlah sesuatu yang mudah...
‘WELLNESS HUB’ BANTU PESERTA TURUNKAN BERAT BADAN
TELOK MAS 4 April - Kewujudan Wellness Hub Melaka Tengah mendapat maklum balas positif daripada masyarakat setempat yang melihat inisiatif...
PEMANDU TRELER TERLIBAT KEMALANGAN MAUT DIREMAN EMPAT HARI
JOHOR BAHRU 3 April - Pemandu treler yang terlibat dalam kemalangan maut membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 212, Jalan Johor Bahru-Seremban berdekatan persimpangan...
