Sorting by

×

113 SIRI PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI SEPANJANG RAMADAN DAN SYAWAL

Masa Membaca:46 Saat

AYER KEROH 26 Februari – Sebanyak 113 siri Program Jualan Rahmah MADANI akan dianjurkan sepanjang Ramadan dan Syawal 2026 bagi membantu meringankan beban kos sara hidup rakyat.

Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri Allex Seah Soo Chin berkata, program tersebut merangkumi 22 jualan rahmah di premis serta 92 jualan rahmah bergerak.

“Barangan jualan meliputi keperluan asas bagi juadah hari raya seperti kerisik, planta, kacang tanah, kurma, ayam, daging segar dan ketupat segera.

“Harga yang ditawarkan pula adalah sehingga 30 peratus lebih murah berbanding harga pasaran biasa,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Mengulas mengenai aduan berkaitan kenaikan harga di bazar Ramadan dan Aidilfitri, beliau berkata setakat 24 Februari 2026, pihaknya tidak menerima sebarang aduan daripada pengguna berhubung isu harga barang atau makanan mahal di bazar.

“Kita berharap semua peniaga, sama ada di bazar Ramadan mahupun Aidilfitri, tidak mengenakan harga barangan yang tidak munasabah,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

376
Kongsi :
Previous post LANTIKAN IMAM LUAR NEGARA PERLU IKUT PROSEDUR – EXCO
Next post MARTABAK SINGAPURA PILIHAN PENGUNJUNG PASAR RAMADAN KAMPUNG TUN RAZAK