
12 BAZAR RAMADAN, AIDILFITRI DI BAWAH MPHTJ
AYER KEROH 22 Februari – Sebanyak 11 Pasar Ramadan dan satu bazar Aidilfitri akan beroperasi dalam kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) sepanjang Ramadan ini.
Yang Dipertua MPHTJ, Datin Sapiah Haron berkata Bazar Aidilfitri terletak di Tapak Parkir MITC (Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka) dengan 120 unit gerai.
Katanya, sementara itu 11 lagi Pasar Ramadan terletak di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Batu; Ayer Keroh; Bukit Katil; Kesidang dan Durian Tunggal.
“Sebanyak 638 tapak secara keseluruhan untuk Pasar Ramadan membabitkan lokasi di Kampung Tun Razak; Taman Bukit Tambun Perdana 2; Pekan Durian Tunggal; Tapak Parkir Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chabau.
“Tapak Parkir Masjid Al-Alami; Tapak Parkir Ixora, Taman Bukit Beruang; Tapak Parkir KIP Utama Bachang; Jalan Jati 2, Taman Jati; Melaka Mall; Taman Batu Berendam Putra; dan Taman Merdeka Hadapan Caltex,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Mengulas lanjut, Sapiah turut mengajak warga sekitar untuk menyokong ekonomi peniaga tempatan di setiap pasar dan bazar sepanjang Ramadan tahun ini.
“Turut diingatkan kepada peniaga dan pengunjung untuk bersama-sama menjaga kelestarian alam sekitar dan kebersihan tapak bersama,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PERJUANGAN SAYA UNTUK RAKYAT TIDAK AKAN BERAKHIR – KM
BANDARAYA MELAKA 31 Mac - Walaupun tempoh Kerajaan Negeri akan berakhir pada hujung tahun ini, namun Ketua Menteri Datuk Seri...
3 TAHUN PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI: ‘BIAR RAKYAT MENILAI’
BANDARAYA MELAKA 31 Mac - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh memberi ruang kepada rakyat untuk menilai sendiri...
KAMPUNG DIGITAL : 80 PERATUS PENDUDUK KAMPUNG PERIGI HANG TUAH ADA QR
DUYONG 31 Mac – Inisiatif Kampung Digital diperkenalkan Kerajaan Negeri terus menunjukkan perkembangan positif apabila kira-kira 80 peratus penduduk Kampung...
WRUR PERKASA GAGASAN MELAKA SAYANG RAKYAT
BANDARAYA MELAKA 31 Mac - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) yang dicetuskan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf...
KEJAYAAN ATAU KELEMAHAN BENTUK PERSEPSI RAKYAT – KM
SERI NEGERI 30 Mac - Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka kini memasuki fasa pelaksanaan, yang menuntut hasil nyata daripada setiap perancangan...
AGENSI, ANAK SYARIKAT MELAKA DISERU PERBANYAK INISIATIF CSR
SERI NEGERI 30 Mac – Kesemua agensi kerajaan, anak syarikat dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di negeri ini dituntut untuk...
