
13 individu ditahan bantu siasatan samun kedai emas
KUALA LUMPUR 8 Sept – Polis menahan 10 lelaki dan tiga wanita dalam beberapa serbuan di Wangsa Maju, di sini, Sabtu dan Ahad lalu bagi membantu siasatan kes samun sebuah kedai emas di Jalan Metro Perdana, Kepong, akhir bulan lalu.
Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, kesemua warga tempatan berusia 22 hingga 34 tahun itu ditahan dalam operasi bermula pada 12 tengah hari, Sabtu lalu dan berakhir pada awal pagi Ahad.
“Kesemua yang ditahan mempunyai pelbagai rekod jenayah membabitkan curi kenderaan, samun dan dadah serta siasatan awal polis mendapati kesemuanya adalah rakan,” katanya kepada Bernama hari ini.

Beh berkata kesemua 13 individu itu kini direman hingga Jumaat ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.
Dalam kejadian pada kira-kira 5.30 petang, 22 Ogos itu, empat lelaki dipercayai warga tempatan menyamun kedai emas tersebut.
Suspek dipercayai melarikan sejumlah barangan kemas berupa rantai leher dan rantai tangan yang dianggar bernilai RM50,000.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA BILA LARUT MALAM 2.0 LEBIH SEGAR, BERIMPAK
BANDA HILIR 6 Disember - Melaka bakal memperkenalkan Program Bila Larut Malam Versi 2.0 tahun depan, kata Ketua Menteri Datuk...
MAIM HADIAHKAN MOTOSIKAL RINGANKAN BEBAN SUAMI ISTERI DAN 7 ANAK
TELOK MAS 6 Disember - Hanya rasa syukur dapat dipanjatkan seorang ibu kepada tujuh anak apabila dihadiahkan sebuah motosikal oleh...
MELAKA BAKAL JADI TUMPUAN ULAMA, ILMUAN ISLAM TAHUN DEPAN
BUKIT PALAH 6 Disember - Melaka bakal menjadi tumpuan ulama dan ilmuan Islam dunia apabila Jabatan Mufti Negeri Melaka merancang...
BAJET NEGERI MELAKA 2026 RINGANKAN BEBAN PENIAGA
SERI NEGERI 6 Disember - Pengumuman insentif sewaan premis percuma selama sebulan kepada penyewa premis milik Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)...
DUYONG ‘TAK REHAT’ HUJUNG TAHUN INI
TELOK MAS 6 Disember - Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong bakal diwarnai pelbagai acara-acara besar sepanjang bulan ini. Ahli Dewan...
BAJET NEGERI MELAKA 2026 HOLISTIK, MESRA PELANCONG – PPSPM
BANDARAYA MELAKA 6 Disember - Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) menyambut baik pembentangan Bajet Negeri Melaka 2026 yang...
