Sorting by

×

131 ANAK AUTISME MELAKA LAYAK TERIMA SUBSIDI YURAN PEMBELAJARAN

Masa Membaca:1 Minit, 23 Saat

DUYONG 15 Julai – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Melaka menyerdiakan peruntukan berjumlah RM65,000 sebagai bantuan Subsidi Yuran Pembelajaran Kanak-Kanak Autisme bagi Fasa Pertama tahun ini.

Pengarah JKM Negeri Melaka Halyjah Muhamad berkata, bantuan itu akan memanfaatkan seramai 131 kanak-kanak autisme di negeri ini, di mana ia disalur kepada 15 pusat pembelajaran autisme bertauliah yang dikenal pasti.

Jelas beliau, menerusi insentif itu, setiap kanak-kanak yang layak bakal menerima subsidi sehingga RM500, dan akan dibayar terus kepada pusat pembelajaran berkenaan.

“Inisiatif ini mampu meringankan beban kewangan keluarga serta membolehkan anak-anak autisme mendapat rawatan dan pendidikan yang lebih tersusun sejak peringkat awal usia.

“Permohonan bagi fasa pertama dibuka dari 1 hingga 28 Februari lalu, manakala fasa kedua sedang berlangsung bermula 15 Mei hingga 31 Ogos ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Ziarah Kasih Kembara Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong, di Kampung Durian Daun, di sini, hari ini.

Sesi ziarah itu diketuai Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeri, Datuk Kalsom Noordin serta Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem.

Mengulas lanjut, Halyjah turut menggalakkan ibu bapa yang mempunyai anak autisme agar tidak melepaskan peluang memohon bantuan berkenaan supaya anak-anak mereka tidak tercicir daripada menerima intervensi awal yang penting untuk perkembangan sosial dan akademik.

“Bantuan ini merupakan bayaran sekali beri (one-off) hasil inisiatif Kerajaan Persekutuan menerusi pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan dalam pembentangan Belanjawan 2025.

“Sebanyak RM15 juta diperuntukkan di peringkat nasional bagi manfaat sekitar 30,000 kanak-kanak autisme di seluruh negara,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

500
Kongsi :
Previous post DUA PUNCA PENCEMARAN SUNGAI AIR BATU DIKENAL PASTI, PELAN TINDAKAN HOLISTIK DIAMBIL
Next post WRUR DUYONG PASTIKAN TIADA YANG TERCICIR