Sorting by

×

1,340 CALON UPKK 2025 MELAKA PEROLEH 9A

Masa Membaca:1 Minit, 40 Saat

PENGKALAN BATU 25 Februari – Melaka melakar pencapaian membanggakan dalam Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (UPKK) Tahun 2025 apabila mererekodkan peningkatan Gred Purata Negeri (GPN) kepada 1.66 berbanding 1.68 pada tahun 2024.

Timbalan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri Datuk Rosli Abdullah berkata, kejayaan itu hasil dedikasi murid dan guru yang sentiasa komited menambah baik bidang pendidikan agama di negeri ini.

Beliau berkata, daripada 8,586 orang calon yang hadir menduduki peperiksaan UPKK 2025, seramai 1,340 telah memperoleh keputusan 9A.

“Daerah Alor Gajah terus unggul apabila mempertahankan pencapaian daerah terbaik bagi UPKK 2025 berdasarkan Gred Purata Daerah (GPD) dengan GPD 1.62,” katanya pada sidang media selepas mengumumkan Keputusan Peperiksaan UPKK Negeri Melaka Tahun 2025 di Auditorium Masjid Al-Azim, di sini, hari ini.

Menurut Rosli, beberapa sekolah turut mencatat pencapaian cemerlang dalam kategori masing-masing berdasarkan Gred Purata Sekolah (GPS).

“Sekolah terbaik berdasarkan GPS bagi Kategori Sekolah Gred A ialah Sekolah Rendah Agama (SRA) Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Jelatang, Alor Gajah; bagi Kategori Sekolah Gred B pula milik SRA JAIM Batang Tiga Timur; manakala Kategori Sekolah Gred C diperoleh SRA JAIM Sungai Buloh, Alor Gajah.

“Manakala Sekolah Rendah Integrasi Islam An-Najah, Melaka diumumkan sebagai sekolah terbaik UPKK Melaka 2025 bagi Kategori Institusi Pendidikan Islam Swasta (IPIS) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK),” katanya.

Beliau berkata, berdasarkan pencapaian peratus 9A tertinggi, SRA JAIM Tun Dr. Mohd Khalil Yaakob mendahului bagi Kategori Sekolah Gred A.

“Bagi Kategori Sekolah Gred B pula milik SRA JAIM Pernu dan SRA JAIM Taman Peringgit Jaya mendahului bagi Kategori Sekolah Gred C, selain Sekolah Rendah Integrasi Islam An-Najah, Melaka pula bagi Kategori IPIS dan SABK.

“Disamping itu juga seramai 45 orang murid memperolehi keputusan cemerlang peringkat negeri,” katanya.

Jelasnya, Pelajar Terbaik Negeri Melaka bagi kategori lelaki adalah Muhammad Aydan Iman Mohd Nasrul Helmi (SRA JAIM Bertam Hulu) dan kategori perempuan pula Nisa Zulaikha Ahmad Faizul (SRA JAIM Pulau Samak).

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

462
Kongsi :
Previous post DATARAN BANDARAYA MBMB TERUS JADI PILIHAN IFTAR SANTAI BERSAMA KELUARGA
Next post LEAD, WYF METERAI MOU ANGKAT SUARA PEKERJA GIG MELAKA