Sorting by

×

SERLAHKAN KEPELBAGAIAN PAKAIAN TRADISIONAL, FESYEN MELAKA

Masa Membaca:1 Minit, 15 Saat

BANDARAYA MELAKA 23 November – Kepelbagaian adat dan budaya yang turut menyentuh aspek fesyen menjadikan Melaka sebagai sebuah destinasi pelancongan lengkap untuk semua golongan.

Pengerusi Badan Amal Kebajikan Isteri Wakil-wakil Rakyat Negeri Melaka (BISTARI) Datin Seri Utama Datuk Wira Zuriyah Ab Aziz berkata, usaha memartabatkan warisan budaya semua kaum melalui perniagaan moden yang turut menggabungkan antara tradisi dan inovasi wajar dipuji.

“Perkara ini bertepatan dengan usaha Kerajaan Negeri dalam menjana ekonomi pelancongan Melaka, sejajar dengan pelancaran Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM 2026) dan Tahun Melawat Melaka 2.0 (TMM 2.0).

“Konsep seperti ini bukan sekadar mempamerkan pakaian atau kecantikan, tetapi membawa nilai warisan, identiti dan keunikan budaya yang mampu menarik minat masyarakat tempatan serta pelancong luar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap menyempurnakan Majlis Perasmian Pembukaan Butik Pakaian Kecantikan Tradisi Budaya Punjabi, Jess Punjabi Textile & Beauty Salon, Melaka, di sini, semalam.

Hadir sama pada Majlis itu Exco Belia, Sukan dan NGO negeri, Datuk VP Shanmugam serta kenamaan lain.

Beliau yang juga isteri Ketua Menteri berkata, usaha memperkenalkan elemen tradisi Punjabi melalui perniagaan dan kecantikan mencerminkan kekuatan Melaka sebagai negeri berbilang budaya, seterusnya memperkaya sektor pelancongan, ekonomi serta seni warisan negeri.

“Konsep seperti ini bukan sekadar mempamerkan pakaian atau kecantikan, tetapi membawa nilai warisan, identiti dan keunikan budaya yang mampu menarik minat masyarakat tempatan serta pelancong luar,” katanya.

Majlis turut dimeriahkan dengan persembahan kebudayaan dan demonstrasi fesyen serta kecantikan tradisi Punjabi yang disesuaikan dengan cita rasa wanita moden masa kini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

147
Kongsi :
Previous post STESEN MINYAK PERTAMA ASAHAN JADI PEMANGKIN EKONOMI TEMPATAN