Sorting by

×

1,500 KAMPIT BERAS MELAKA DI PASARAN SETIAP BULAN – EXCO

Masa Membaca:53 Saat

SERI NEGERI 9 Disember – Kerajaan Negeri akan mengeluarkan 1,500 kampit Beras Melaka seberat 10 kilogram (kg) setiap bulan bermula bulan ini bagi memastikan rakyat dapat menikmati hasil padi tempatan.

Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, keputusan itu dibuat selepas perbincangan bersama pesawah, pengilang dan pemborong selain mengekalkan harga RM26 bagi setiap kampit 10kg.

“Bermula bulan ini (Disember 2025) hingga tahun hadapan, setiap bulan kita akan keluarkan sekurang-kurangnya 1,500 kampit beras 10kg.

“Ini komitmen jelas Kerajaan Negeri untuk memastikan beras tempatan kita sentiasa berada dalam pasaran,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Persidangan Ketiga (Bajet) Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Melaka Ke-15, di sini, hari ini.

Menurutnya, meskipun sebahagian padi Melaka dihantar ke luar negeri dan menyukarkan kawalan penuh terhadap pengedaran, Kerajaan Negeri tetap beriltizam memastikan hasil padi Melaka dinikmati rakyat negeri ini sendiri.

“Dengan tindakan berani ini, kita pastikan beras yang dihasilkan di Negeri Melaka tidak hilang sebaliknya dapat dinikmati rakyat negeri ini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

201
Kongsi :
Previous post LEBIH 12,000 KAMPIT BERAS MELAKA 10KG TERJUAL – EXCO
Next post ‘KETUA PEMBANGKANG TAK FAHAM BAJET’ – DR. AKMAL