Sorting by

×

1,500 PENGUNJUNG MERIAHKAN IFTAR SANTAI MPJ

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

JASIN 12 Mac – Lebih 1,500 pengunjung hadir memeriahkan Program Iftar Santai Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) di Dataran Vista Alamanda (DVA) pada 7 Mac lalu.

Yang Dipertua MPJ Muhammad Zahiruddin Mohd Zahari berkata, jumlah kehadiran memberangsangkan itu membuktikan program berbuka puasa secara komuniti masih mendapat sambutan ramai.

Menurutnya, program berkenaan dianjurkan bagi mengeratkan hubungan silaturahim antara MPJ dan masyarakat selain mengimarahkan bulan Ramadan dengan aktiviti santai yang memberi manfaat kepada komuniti.

“Alhamdulillah sambutan yang diterima amat menggalakkan apabila orang ramai daripada pelbagai lapisan umur hadir memeriahkan program ini.

“Ia sekali gus memberi peluang kepada masyarakat untuk berbuka puasa bersama keluarga dan komuniti dalam suasana yang harmoni,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Whatsapp image 2026 03 10 at 4.09.22 pm
KAKITANGAN MPJ (kanan) mengedarkan makanan berbungkus yang disediakan untuk orang ramai. Foto Facebook Majlis Perbandaran Jasin

Menurutnya, pengunjung turut disajikan dengan pengisian menarik seperti alunan qasidah dan selawat yang menambahkan lagi kemeriahan suasana Ramadan.

“MPJ komited untuk meneruskan penganjuran program seumpama itu pada masa akan datang dengan meneliti maklum balas masyarakat bagi menambah baik pelaksanaannya.

“Insya-Allah pada tahun hadapan kita akan cuba menyediakan air balang percuma kepada pengunjung yang hadir.

“Alhamdulillah kita mempunyai rakan strategik yang sudi menyumbang bagi bersama-sama berkongsi rezeki dengan masyarakat,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

588
Kongsi :
Previous post ‘ACIK ZUL’ KONGSI REZEKI RAMADAN DENGAN ORANG TABOH NANING
Next post HARI RAYA LEBIH MERIAH DI MELAKA WONDERLAND