Sorting by

×

16 PASUKAN MERIAHKAN SEPAK TAKRAW VETERAN TERTUTUP PARLIMEN TANGGA BATU

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

PANTAI KUNDOR 10 Disember – Sebanyak 16 pasukan bersaing pada Kejohanan Sepak Takraw Veteran Tertutup Parlimen Tangga Batu yang julung kali diadakan di Dewan Hang Lekir, Kampung Gelam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Kundor Datuk Tuminah Kadi @Mohd Hashim berkata, penganjuran kejohanan itu antaranya bertujuan menghidupkan kembali semangat kesukanan dalam kalangan penduduk berusia selain menjadi platform memperkukuh ukhuwah antara komuniti.

“Pertama kalinya diadakan kejohanan ini bagi untuk peserta merebut dan membawa balik Piala Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu.

“Hampir 60 peserta yang berusia antara 40 hingga 60-an menyertai kejohanan dan ia secara tidak langsung membuktikan sukan tradisi ini masih kukuh dan mendapat sambutan dalam kelompok mereka yang berusia,” katanya.

Terdahulu, beliau yang juga Timbalan Exco Pembangunan Usahawan Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri merasmikan Kejohanan Sepak Takraw Veteran Tertutup Parlimen Tangga Batu di Dewan Hang Lekir, Kampung Gelam, pada Ahad.

Menurut Tuminah, sebagai persiapan menghadapi Kejohanan Piala Ketua Menteri akan datang, pihaknya akan menganjurkan Pertandingan Sepak Takraw Peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Saya menerima cadangan untuk diaktifkan balik sukan sepak takraw oleh itu pada tahun hadapan saya akan laksanakan dua atau tiga bulan sekali pertandingan sepak takraw peringkat dun.

“Menerusi pertandingan ini ia bukan sahaja dapat mempersiapkan pasukan bagi menghadapi Piala Ketua Menteri tetapi menarik minat lebih ramai golongan muda untuk sama-sama bermain sukan tradisi ini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

321
Kongsi :
Previous post MELAKA KEMUKA KERTAS CADANGAN LARANGAN VAPE