
19 keluarga terima sumbangan bencana
TANJUNG BIDARA 4 Julai – Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) prihatin membantu mangsa ribut dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara dengan menyampaikan sumbangan wang tunai kepada 19 keluarga terlibat.
Menurut perkongsian di laman Facebook rasmi MAIM, sumbangan itu bagi membaik pulih rumah mangsa ribut yang rosak akibat dilanda bencana itu baru-baru ini.
Katanya, setiap mangsa menerima sumbangan wang RM500 dan disampaikan oleh isteri Ketua Menteri, Datin Seri Zuriyah Abdul Aziz.
“Alhamdulillah, riak wajah mereka gembira dan bersyukur dengan sumbangan yang diberikan dan penerima berjanji akan menggunakan sumbangan itu sebaiknya untuk membaik pulih kediaman mereka yang rosak.
“Biarpun nilai itu tidak banyak, tetapi ia sangat-sangat membantu mereka (penerima) meringankan beban keluarga ketika ini,” kata kenyataan itu pada Sabtu lalu.
Hadir sama Timbalan Pengerusi MAIM, Datuk Wira Md Rawi Mahmud dan Pegawai Zakat Cawangan Masjid Tanah, Nadira Ismail.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
‘SAYA IKHLAS DEMI PAYA RUMPUT’
Oleh: Mohd Salman Hamat dan Faris Haikal Zakaria PAYA RUMPUT 16 Februari - Bangun seawal dinihari untuk solat Subuh berjemaah...
PENDUDUK SAMBUT BAIK INISIATIF KUBUR DIGITAL
PAYA RUMPUT 16 Februari - Penduduk Kampung Krubong menyambut baik inisiatif kubur digital yang diilhamkan Ketua Menteri Datuk Seri Utama...
OPS SARANG ‘JERAT’ DUA TOKAN DADAH LADANG KELAPA SAWIT
AYER KEROH 16 Februari - Dua lelaki tempatan ditahan polis selepas disyaki menjalankan aktiviti pengedaran dadah dalam operasi 'Ops Sarang'...
SWM ENVIRONMENT KONGSI KEGEMBIRAAN TAHUN BAHARU CINA BERSAMA WARGA EMAS
BUKIT KATIL 16 Februari - SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM Environment) meneruskan komitmen tanggungjawab sosial korporat (CSR) menerusi penganjuran Program...
SEJUTA KENDERAAN ATAS JALAN RAYA MELAKA SELAMA SEMINGGU
BANDARAYA MELAKA 16 Februari - Dianggarkan sejuta kenderaan akan berada di atas jalan raya seluruh Negeri Melaka sepanjang seminggu cuti...
RM2 SEHARI TINGGAL PUASA DI MELAKA
AYER KEROH 16 Februari - Melaka mengekalkan kadar fidyah RM2 sehari bagi setiap puasa yang ditinggalkan umat Islam dan tidak...


