Sorting by

×

2 GELANGGANG SEPAK TAKRAW DINAIK TARAF, PERKASA SUKAN KOMUNITI

Masa Membaca:1 Minit, 2 Saat

AYER KEROH 16 Januari – Dua gelanggang sepak takraw di bawah kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) telah siap dinaik taraf dan diserahkan kepada komuniti setempat menerusi peruntukan Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Exco Belia, Sukan dan NGO negeri, Datuk VP Shanmugam berkata, naik taraf kemudahan sukan itu melibatkan gelanggang di Taman Datuk Tamby Chik Karim dan Taman Bachang Baru sebagai usaha memperkasa aktiviti sukan komuniti.

Katanya, projek berkenaan bertujuan menyediakan kemudahan yang lebih selesa dan selamat kepada penduduk setempat untuk menjalankan aktiviti riadah.

“Di Taman Datuk Tamby Chik Karim, naik taraf gelanggang sepak takraw melibatkan peruntukan sebanyak RM30,000 daripada KBS dan dilaksanakan oleh MPHTJ.

“Sementara itu, gelanggang sepak takraw di Taman Bachang Baru turut dinaik taraf dengan peruntukan berjumlah RM60,000, juga daripada KBS, dengan MPHTJ sebagai pihak pelaksana,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Mengulas lanjut, Shanmugam berkata, naik taraf kemudahan sukan itu membolehkan penduduk setempat beriadah dalam persekitaran yang lebih kondusif, sekali gus menggalakkan penglibatan komuniti serta mencungkil bakat baharu dalam sukan sepak takraw.

“Kerajaan Negeri bersama pihak berkuasa tempatan (PBT) terus komited menaik taraf fasiliti sukan komuniti sebagai usaha meningkatkan kesejahteraan rakyat dan memajukan pembangunan sukan di peringkat akar umbi,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

435
Kongsi :
Previous post BATIK MELAKA ‘MADE IN’ FELDA HUTAN PERCHA TAWAN DUNIA
Next post PENGANJURAN PELBAGAI PROGRAM PELANCONGAN RANCAKKAN JUALAN KRAFTANGAN