Sorting by

×

20 ‘KANTOI’ BUANG SAMPAH MERATA-RATA DI MELAKA

Masa Membaca:1 Minit, 25 Saat

MERLIMAU 10 Januari – Seramai 20 individu di Melaka telah dikesan membuang sampah merata-rata dan diberikan notis pemberitahuan kesalahan oleh Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) dalam tempoh 1 hingga 9 Januari tahun ini.

Jumlah itu direkodkan selepas Rang Undang-Undang (RUU) Perintah Khidmat Masyarakat dikuatkuasakan bermula 1 Januari lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif SWCorp Khalid Mohamed berkata, kesalahan itu membabitkan seramai 14 warga tempatan dan enam warga asing di negeri ini.

Jelas beliau, secara keseluruhan, sebanyak 261 notis pemberitahuan kesalahan telah dikeluarkan kepada individu seluruh negara dan daripada jumlah itu 75 notis membabitkan warga asing manakala selebihnya melibatkan rakyat tempatan.

“Setakat ini, beberapa kes sedang disiasat, selain kita telah mendapat kebenaran pendakwaan bagi 12 kes, manakala 12 kes lain didaftarkan untuk sebutan di mahkamah.

“Selain warga tempatan, penguatkuasaan undang-undang sedang dilakukan bagi membolehkan tindakan dapat diambil khususnya kepada warga asing termasuk pelancong.

“Langkah itu bagi membolehkan tindakan diambil meskipun warga asing telah meninggalkan negara ini menerusi jalinan kerjasama strategik bersama Jabatan Imigresen Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Program Sambutan Hari Habitat Sedunia dan Hari Konservasi Hutan Simpan Paya Laut Edisi Eksekutif Melaka 2026 di Hutan Simpan Paya Laut, Jeti Nelayan Pantai Sebatu, di sini, hari ini.

Menurut Khalid, walaupun baru sembilan hari dilaksanakan pendekatan RUU Perintah Khidmat Masyarakat telah menunjukkan keberkesanan apabila individu yang didapati membuang sampah di tempat tidak sepatutnya menunjukkan pengurangan.

“Ini dapat dilihat apabila selepas sambutan Ambang Tahun Baharu jumlah sampah di kawasan tumpuan menunjukkan penurunan berbanding tahun sebelum pelaksanaan,” katanya.

Untuk rekod, bagi pesalah membabitkan kes pembuangan sampah kecil, mereka boleh dikenakan Perintah Khidmat Masyarakat tidak melebihi 12 jam dalam tempoh enam bulan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

5606
Kongsi :
Previous post ‘ACIK ZUL’ BELANJA 100 ANAK-ANAK TABOH NANING GUNTING RAMBUT PERCUMA
Next post 500 ANAK HANG TUAH JAYA TERIMA BEG SEKOLAH, BAUCAR RM100