Sorting by

×

241 KAKITANGAN SAMB TERIMA SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA

Masa Membaca:1 Minit, 15 Saat

BANDARAYA MELAKA 13 Oktober – Seramai 241 kakitangan Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) berjaya menamatkan kursus dalam pelbagai bidang dan menerima Sijil Kemahiran Malaysia (SKM).

Ketua Pegawai Eksekutif SAMB Datuk Mohd Saleh Jusman berkata, inisiatif itu membuktikan SAMB bukan hanya menumpukan kepada infrastruktur fizikal semata-mata tetapi serius dalam pembangunan modal insan berkemahiran.

Katanya, SKM bukan sekadar sijil kelayakan tetapi pengiktarafan rasmi terhadap kecekapan disiplin dan profesionalisme kakitangan SAMB dalam melaksanakan tugas seharian.

“Penerima SKM membabitkan pelbagai bidang kemahiran antaranya Operasi Pengagihan Air Tahap 1 dan Tahap 2, Perkhidmatan Operasi Rawatan Air Tahap 2 dan Tahap 3, Operasi Air Tidak Berhasil Tahap 1 dan Tahap 2 serta Kawalan Kualiti Rawatan Air (Makmal) Tahap 2.

“Perkara ini memberikan impak besar bukan sahaja kepada SAMB tetapi individu itu sendiri yang berani untuk memajukan diri,” katanya ketika berucap pada Majlis Konvokesyen SKM Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) di sebuah hotel di Jalan Tun Perak, di sini, hari ini.

Majlis disempurnakan Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer dan turut dihadiri Timbalan Pengerusi SAMB, Datuk Wira Ab Wahab Ab Latip.

Menurut Mohd Saleh, kemahiran bukan hanya tentang keupayaan tetapi sikap, nilai dan tanggungjawab justeru itu setiap warga SAMB perlu menjadi individu yang cekap melaksanakan tugas, jujur, berdisiplin serta berjiwa rakyat.

“Dalam mendepani cabaran baharu, SAMB melangkah ke hadapan melalui pelan pembangunan tenaga kerja berasaskan kompetensi. Justeru kita berhasrat memperluaskan program ini ke peringkat SKM Tahap 4 dan Tahap 5,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

467
Kongsi :
Previous post WRUR: BUKA MATA BELIA MENGENAI KELEBIHAN DITAWARKAN TVET
Next post DUA PROJEK JALAN UTAMA MANFAATKAN RIBUAN PENGGUNA