Sorting by

×

25,000 EKOR AYAM SEGAR MURAH UNTUK ORANG MASJID TANAH

Masa Membaca:1 Minit, 36 Saat

LENDU 13 Mac – Umat Islam di semua lima Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Masjid Tanah berpeluang mendapatkan ayam segar sebagai juadah pada pagi 1 Syawal ditawarkan pada harga cuma RM5 sahaja seekor.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, tawaran istimewa daripada dirinya itu adalah sebagai penghargaan dan tanda terima kasih atas sokongan diberikan orang Masjid Tanah terhadap beliau sepanjang tiga tahun menerajui pentadbiran Negeri Melaka.

“Dalam tak diam 31 Mac ini genap tiga tahun saya menerajui Melaka dan sebagai tanda penghargaan, umat Islam melakukan persiapan menyambut Aidilfitri berpeluang mendapatkan 25,000 ekor ayam segar pada harga RM5 sahaja seekor. Namun seorang cuma dibenarkan membeli dua ekor ayam sahaja, siapa cepat dia yang dapat.

“Jualan ini akan berlangsung di semua Japerun pada Khamis (19 Mac) dengan setiap DUN diperuntukan sebanyak 5,000 ekor ayam segar,” kata Ketua Menteri ketika berucap pada Majlis Penyampaian Sumbangan Bantuan Perayaan Aidilfitri Parlimen Masjid Tanah Tahun 2026 di Kompleks Belia dan Sukan Masjid Tanah, hari ini.

Hadir sama Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeri Datuk Kalsom Noordin; Exco Kerja Raya, Infrastruktur,
Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer serta Timbalan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana; Datuk Zulkiflee Mohd Zin.

Yang turut hadir Timbalan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri Datuk Rosli Abdullah; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lendu Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali serta Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri
Melaka Halyjah Muhamad.

Dalam tempoh tiga tahun, lebih 200 inisiatif telah berjaya dicapai oleh Ab Rauf melalui pelbagai sektor seperti digital, kebajikan, pelancongan dan banyak lagi pencapaian yang memberi kesan positif kepada rakyat Melaka.

Selain itu beliau turut mempelawa semua orang Masjid Tanah untuk hadir memeriahkan Program Dapur Gulai Kawah Tok Rauf di Masjid As-Salam Kampung Air Hitam Darat, Tanjung Bidara bermula jam 10 pagi, Ahad ini (15 Mac).

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

452
Kongsi :
Previous post MELAKA SEDIA RM400,000 UNTUK SUMBANGAN AIDILFITRI 2026
Next post POLIS MARIN GAGALKAN CUBAAN SELUDUP PATI KE MELAKA, LAPAN DITAHAN