Sorting by

×

3,600 BERAS MELAKA DIPASARKAN UNTUK SUKU PERTAMA 2026

Masa Membaca:1 Minit, 16 Saat

MERLIMAU 16 Mac – Sebanyak 3,600 kampit Beras Melaka disasarkan dapat dipasarkan bagi suku pertama tahun ini bagi menampung permintaan pengguna.

Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, setiap bulan sebanyak 1,200 kampit beras 10 kilogram dipasarkan dengan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menjadi pengedar tunggal.

“Beras Melaka ini setiap bulan pengeluarannya adalah sebanyak 1,200 kampit yang akan diedarkan oleh FAMA di pasar tani termasuk di Agrobazaar Kedai Rakyat.

“Justeru itu untuk suku pertama tahun ini kita sasarkan dapat menjual sebanyak 3,600 kampit Beras Melaka dan pastinya ia dapat membantu rakyat dengan harga serendah RM26 bagi 10 kilogram.

“Pelantikan FAMA sebagai pengedar tunggal bertujuan memudahkan pemantauan serta kawalan terhadap pengeluaran dan pengedaran beras tempatan tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Pelancaran Program Semarak Syawal @ Pasar Tani Merlimau Peringkat Negeri Melaka yang turut dihadiri Pengarah FAMA Melaka Nor Azhar Abd Hamid, di Pasar Tani Merlimau, di sini, semalam.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Merlimau berkata, pihaknya turut menyasarkan untuk meningkatkan lagi pengeluaran beras Melaka pada masa akan datang bagi menampung permintaan yang menggalakkan daripada rakyat Melaka.

“Sasaran kita untuk cuba meningkatkan sedikit lagi pengeluaran Beras Melaka ini namun beberapa perkara perlu diambil kira termasuk keadaan sawah dan ia akan diteliti menerusi perbincangan.

“Semua sedia maklum kawasan sawah padi di Melaka tidak besar jadi pengeluaran Beras Melaka perlu dikawal selain ia tidak boleh dijual kepada warga asing,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

355
Kongsi :
Previous post GAGASAN ‘MESRA’ BAWA SINAR KECERIAAN BUAT PENJAWAT AWAM MELAKA
Next post SAYANG RAKYAT, INILAH MELAKA!