
40,000 PELAWAT DIJANGKA KUNJUNGI MUZIUM MELAKA SEPANJANG MUSIM PERAYAAN
AYER KEROH 1 April – Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menjangkakan sehingga 40,000 pengunjung akan melawat muzium-muzium di bawah seliaannya sepanjang tempoh sebulan cuti Aidilfitri ini.
Pengurus Besar PERZIM Erne Hamsah berkata, angka tersebut merupakan purata kebiasaan pengunjung bulanan ke semua muzium di bawah PERZIM, namun jumlah itu meningkat sepanjang musim perayaan dan cuti sekolah.
Menurutnya, pada musim perayaan seperti Aidilfitri, trend kunjungan ke muzium biasanya menunjukkan peningkatan antara 10 hingga 30 peratus berbanding hari biasa.
“Secara normal, keseluruhan pengunjung ke muzium di bawah PERZIM adalah sekitar 40,000 sebulan. Namun semasa cuti panjang atau musim perayaan, kita jangka ia akan meningkat lagi,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Erne turut menjelaskan bahawa angka tersebut hanyalah anggaran berdasarkan trend lawatan sebelum ini.
“Kalau cuti panjang memang akan ada peningkatan pengunjung, tetapi jumlah sebenar bergantung kepada situasi semasa dan sambutan orang ramai.
“PERZIM optimis sektor pelancongan berasaskan warisan di Melaka akan terus menjadi pilihan utama pelancong tempatan mahupun luar negara sepanjang musim perayaan ini,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PPSPM: BAUCAR DISKAUN KEPADA 850 PENGUNJUNG TERAWAL MELAKA BILA LARUT MALAM
DUYONG 2 April - Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) akan mengagihkan pelbagai baucar diskaun kepada 850 pengunjung terawal...
LEBIH 10,000 SERBU MENARA TAMING SARI SEMPENA AIDILFITRI
BANDA HILIR 2 April - Menara Taming Sari terus menghidupkan sektor pelancongan negeri apabila diserbu pengunjung selepas dibuka pada hari...
KILANG KOPI DAN BISKUT HILANG STATUS HALAL, GUNA BERUS DISAHKAN BULU BABI
BANDARAYA MELAKA 1 April - Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) sebuah kilang kopi dan biskut di Melaka ditarik selepas penemuan...
IMAM DIUJI MASALAH SARAF DI KEPALA, MAIM HADIR HULUR BANTUAN
AYER MOLEK 1 April - Walaupun keadaan fizikalnya nampak sihat, namun siapa sangka seorang Imam 2 Masjid Al Abrar Kampung...
KEM SILAMBAM JANJI PERSEMBAHAN TERBAIK, SASAR DUA EMAS
AYER KEROH 1 April - Kejayaan meraih tiga gangsa pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 di Sarawak menjadi pembakar semangat...
PLATFORM E-DAGANG PACU PENINGKATAN USAHAWAN WANITA MUDA DI MELAKA
MELAKA 1 April - Perkembangan pesat platform e-dagang kini menjadi antara pemacu utama yang melonjakkan penglibatan wanita muda di Melaka...
