Sorting by

×

4,375 VAKSIN COVID-19 MASIH TERSEDIA DI MELAKA

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

AYER KEROH 9 Jun – Sebanyak 4,375 vaksin COVID-19 masih tersedia di Melaka untuk rakyat negeri ini yang masih belum mendapatkan suntikan vaksin.

Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri Datuk Ngwe Hee Sem berkata, kesemua vaksin tersebut disimpan di Hospital Melaka dan orang ramai yang memerlukannya boleh membuat janji temu di aplikasi MySejahtera.

Menurutnya, selepas mendaftar janji temu, mereka yang berminat akan diberikan tarikh dan lokasi untuk mendapatkan suntikan vaksin berkenaan di lokasi berhampiran.

“Setiap vaksin hanya akan dihantar di klinik kesihatan sesuatu lokasi apabila terdapat sekurang-kurangnya lima pemohon. Ini kerana sebaik dihantar ke klinik, vaksin tersebut perlu digunakan serta-merta dan jika tidak ia akan rosak.

“Jadi, saya sarankan kepada rakyat yang mahu mendapatkan vaksin untuk membuat janji temu dengan MySejahtera dan kemudian lokasi, tarikh dan masa akan diatur untuk setiap pemohon,” katanya dalam satu kenyataan media.

Menurut Hee Sem, sejak 2020 sehingga kini, secara keseluruhan seramai 164,821 kes COVID-19 telah direkodkan di Melaka dan daripada jumlah itu sebanyak 93 kes telah direkodkan pada minggu lalu, 1 hingga 7 Jun (Minggu Epid 23).

Jelas beliau, setakat ini tiada kluster baharu direkodkan, selain tiada kes dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) mahupun kematian baharu dilaporkan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1166
Kongsi :
Previous post NAHAS PELAJAR UPSI: PDRM TUBUH PETUGAS KHAS SIASAT INSIDEN KEMALANGAN RAGUT 15 NYAWA