Sorting by

×

50 LOKASI BAZAR RAMADAN, LAPAN BAZAR AIDILFITRI SELURUH MELAKA

Masa Membaca:1 Minit, 17 Saat

AYER KEROH 7 Februari – Melaka meluluskan penganjuran 50 lokasi Bazar Ramadan dan lapan Bazar Aidilfitri bagi tahun 2026, melibatkan empat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh negeri.

Timbalan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Zulkiflee Mohd Zin, berkata berdasarkan data yang direkodkan, keseluruhan semua lokasi Bazar Ramadan itu melibatkan kira-kira 3,467 peniaga manakala lapan lagi lokasi Bazar Aidilfitri pula membabitkan seramai 552 peniaga di seluruh negeri.

Katanya, bagi kawasan di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) terdapat 19 Bazar Ramadan melibatkan 1,665 peniaga dan dua Bazar Aidilfitri dengan 247 peniaga.

“Manakala Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) pula mempunyai 11 Bazar Ramadan dengan penyertaan 625 peniaga dan tiga Bazar Aidilfitri disertai 200 peniaga.

“Sementara itu, Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) melibatkan 10 Bazar Ramadan dengan 748 peniaga dan tiga Bazar Aidilfitri dengan 105 peniaga manakala Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) merekodkan 10 Bazar Ramadan dengan 429 peniaga,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Taklimat Penganjuran Bazar Ramadan dan Bazar Aidilfitri Negeri Melaka Tahun 2026 di Dewan Taming Sari, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), di sini, semalam.

Hadir sama, Datuk Bandar MBMB, Datuk Shadan Othman.

Mengulas mengenai operasi bazar, Zulkiflee berkata terdapat dua Bazar Ramadan di bawah MBMB yang akan mula beroperasi seminggu lebih awal sebelum Ramadan.

“Kita beri peluang kepada peniaga untuk berniaga lebih awal dan Alhamdulillah, peniaga dilihat sudah bersedia serta bersemangat untuk menjual produk masing-masing, sama ada di Bazar Ramadan atau Bazar Aidilfitri,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

433
Kongsi :
Previous post PERSEMBAHAN KUDA KEPANG ‘PUKAU’ PENGUNJUNG
Next post MELAKA PERKENAL CERDAS, PUSAT SEHENTI SARINGAN MASALAH PERKEMBANGAN KANAK-KANAK