
500 PELAJAR B40, 500 OKU TERIMA MANFAAT LESEN MOTOSIKAL PERCUMA
AYER KEROH 5 Disember – Seramai 500 pelajar dalam kalangan keluarga B40 dan 500 golongan Orang Kurang Upaya di negeri ini akan menerima manfaat lesen motosikal percuma, tahun depan.
Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, insentif itu diperkenalkan menerusi Program MeSRa Lesen Motosikal Percuma membabitkan kos keseluruhan berjumlah RM350,000.
“Insentif ini merupakan sebahagian daripada program di bawah kim MeSRa Bantuan Mobiliti bagi memastikan mobiliti rakyat sentiasa terjamin,” katanya ketika berucap membentangkan Bajet Negeri Melaka 2026 bertemakan ‘Pembangunan Terancang, Demi Rakyat Untuk Rakyat’ di Dewan Undangan Negeri, di sini, hari ini.
Menurut Ab Rauf, dalam memperkukuh keberkesanan sistem pengangkutan, Kerajaan Negeri turut menyediakan RM100,000 untuk Program MeSRa Caruman PERKESO bagi pemandu kereta sewa dan teksi.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
HELMY MAHU TAJA 10 ANAK DUYONG IKUTI KELAS AL-QURAN
DUYONG 20 Januari – Seramai 10 orang kanak-kanak daripada keluarga kurang berkemampuan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong akan ditaja...
JPN MELAKA TERIMA 71 PERMOHONAN TUKAR KETURUNAN BABA NYONYA
AYER KEROH 20 Januari - Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Melaka menerima 71 permohonan pertukaran keturunan kepada Baba Nyonya setakat 20...
GALERI JUALAN GTP MUDAHKAN URUSAN PELABUR
AYER KEROH 20 Januari – Galeri Jualan German Technology Park (GTP) akan dilancarkan pada 6 Februari ini oleh Ketua Menteri...
AYAM PERCUMA, REZEKI PAGI WARGA DURIAN TUNGGAL
DURIAN TUNGGAL 20 Januari – Pemberian ayam percuma sempena Program Jualan Rahmah Kasih Sayang Dewan Undangan Negeri (DUN) Durian Tunggal ...
PEMEGANG ‘PASSPORT MELAKA TOURISM’ NIKMATI DISKAUN 80 PERATUS DI 63 LOKASI
AYER KEROH 20 Januari – Bahagian Promosi dan Pelancongan (BPP) Melaka memperkenalkan inisiatif baharu iaitu 'Passport Melaka Tourism' yang menawarkan...
KARNIVAL TENTERA BERSAMA RAKYAT, BAWAKAN PELBAGAI ACARA MENARIK
BANDARAYA MELAKA 20 Januari - Persiaran Encore Melaka sekali lagi bakal menjadi tumpuan ramai apabila dipilih lokasi penganjuran Karnival Tentera...
