Sorting by

×

5,000 ‘SERBU’ JAMUAN AIDILFITRI DUN KESIDANG MELAKA SAYANG RAKYAT

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

KESIDANG 4 April – Lebih 5,000 pengunjung sekitar negeri ini membanjiri Majlis Jamuan Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Kesidang Melaka Sayang Rakyat di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Malim, di sini, hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kesidang Allex Seah Shoo Chin berkata, majlis yang bermula jam 11 pagi hingga 2 petang itu menyajikan pelbagai jenis makanan secara bufet di 18 gerai yang disediakan.

Katanya, majlis itu menjadi platform mengeratkan perpaduan masyarakat pelbagai kaum dalam DUN Kesidang serta sekitar negeri ini.

“Lebih menarik lagi, pengunjung yang hadir akan disajikan dengan pelbagai persembahan menarik daripada pelajar-pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah dalam DUN Kesidang.

Walaupun bermula jam 11 pagi namun orang ramai telah hadir ke lokasi sejak jam 10 pagi lagi, ini membuktikan gagasan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkesan di bawah payung Melaka Sayang Rakyat (MeSRa),” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Mengulas lanjut, Allex yang juga Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri berkata, gerai-gerai juadah itu dibahagikan mengikut Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) DUN Kesidang.

“Kesemua 18 gerai makanan yang disediakan menampilkan pelbagai jenis juadah hari raya seperti lemang, sate, pelbagai jenis mi dan kuih-muih serta pelbagai lagi,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

337
Kongsi :
Previous post STESEN MINYAK, MASJID, DEWAN TERBUKA AKHIRI PENANTIAN RAKYAT ASAHAN
Next post BEKALAN MAKANAN NEGARA MENCUKUPI, STABIL – MOHAMAD SABU