Sorting by

×

55 RUMAH PPRS DIBINA DI MELAKA SEPANJANG 2025, 188 DIBAIK PULIH

Masa Membaca:1 Minit, 18 Saat

SERI NEGERI 9 Disember – Sebanyak 55 Projek Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS) di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dibina di Melaka pada tahun ini.

Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Rais Yasin berkata, ia membabitkan peruntukan berjumlah RM8.184 juta.

Jelas beliau, selain bina baharu, KKDW turut memperuntukkan RM3.76 juta bagi projek baik pulih 188 rumah rakyat memerlukan di kesemua tiga daerah di negeri ini.

“Mengikut pecahan, sebanyak 20 rumah PPRS dibina di daerah Jasin membabitkan peruntukan RM1.58 juta, manakala projek bnaik pulih pula membabitkan 71 rumah dengan peruntukan RM1.42 juta.

“Di daerah Melaka Tengah pula membabitkan sebanyak 15 rumah PPRS dibina dengan peruntukan RM1.185 juta dan sejumlah RM920,000 pula diperuntukkan untuk baik pulih sebanyak 46 rumah.

“Manakala daerah Alor Gajah pula membabitkan sebanyak 20 rumah PPRS dengan kos RM1.585 juta, selain 71 rumah dibaik pulih dengan kos RM1.42 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Datuk Khaidhirah Abu Zahar (BN-Rim) pada Persidangan Ketiga (Bajet) Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Melaka Kelima Belas, di sini, hari ini.

Menurut Rais, selain PPRS di bawah KKDW, Kerajaan Negeri menerusi Lembaga Perumahan Melaka (LPM) turut menyediakan Program Melaka Rumahku (PMR) iaitu inisiatif bina baharu dan baik pulih rumah rakyat memerlukan dengan peruntukan keseluruhan berjumlah RM3 juta.

Jelas beliau, sejak Januari 2023 hingga November 2025, sebanyak 50 permohonan telah diluluskan bagi bina baharu rumah di bawah PMR, manakala sebanyak 56 permohonan diluluskan bagi projek baik pulih.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

289
Kongsi :
Previous post MELAKA PERUNTUK RM1 JUTA BANTU NELAYAN
Next post MENDAPAN JALAN KUALA LINGGI KE UNIMEL AKAN DISELENGGARA SEGERA