
553,871 Dos vaksin diberikan semalam, tertinggi setakat ini – Dr Adham
KUALA LUMPUR 28 Julai – Jumlah pemberian vaksin COVID-19 harian mencatat angka 553,871 dos suntikan semalam, jumlah tertinggi setakat ini, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.
Menerusi perkongsian infografik data pemberian vaksin di laman Twitter, beliau memaklumkan daripada jumlah itu, seramai 356,112 individu menerima dos pertama dan 197,759 lagi lengkap dos kedua.
Jumlah pemberian vaksin COVID-19 harian tertinggi menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang dilaksanakan sejak 24 Februari 2021 adalah pada Isnin lalu dengan sebanyak 521,923 dos suntikan.
Sementara itu, Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 melalui laman Twitter memaklumkan secara kumulatifnya, sebanyak 18,393,347 dos sudah diberikan kepada penduduk di negara ini setakat semalam, meliputi 12,487,441 dos pertama dan 5,905,906 dos kedua.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
DAKWAAN CABUL, ROGOL DALAM BILIK JENAZAH TIDAK BERLAKU – POLIS
BANDARAYA MELAKA 5 Jun – Polis mengesahkan dakwaan seorang wanita yang menjadi mangsa cabul dan rogol berulang kali oleh seorang...
UNIMEL BAKAL TAWAR KURSUS ‘POST BASIC RENAL’
KUALA LINGGI 5 Jun - Universiti Islam Melaka (UNIMEL) bakal menawarkan kursus dalam bidang pengkhususan penjagaan pesakit dan rawatan masalah...
MELAKA TELITI MODEL KOMPLEKS UPACARA TERAKHIR HINDU TELUK JAWA
AYER KEROH 5 Jun - Kerajaan Negeri sedang meneliti model pengurusan dan operasi Kompleks Upacara Terakhir Hindu di Teluk Jawa,...
WRUR BANDA HILIR: LIF BAHARU HADIAH BERMAKNA BUAT PENDUDUK PANGSAPURI LAKSAMANA 1
BANDA HILIR 5 Jun – Selepas sekian lama bergantung kepada lif yang sering rosak dan semakin uzur, penduduk Pangsapuri Laksamana...
MPHTJ TERUS CEMERLANG, CAPAI MARKAH 98.42 PERATUS BAGI PENILAIAN MURNINETS
BANDA HILIR 5 Jun- Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) berjaya mencatatkan pencapaian cemerlang selepas menerima Penarafan Bandar Mampan Tahun...
SEMANGAT WRUR PERKUKUH PERPADUAN KOMUNITI
BANDA HILIR 5 Jun - Semangat perpaduan segenap lapisan masyarakat yang tinggal di dalam sesebuah komuniti dapat diterjemah menerusi Program...

