
569 PEGAWAI, ANGGOTA PDRM DITUGASKAN PADA AMMTC
BANDARAYA MELAKA 6 September – Polis Diraja Malaysia (PDRM) berada pada tahap kesiapsiagaan tinggi sepanjang berlangsungnya Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN mengenai Jenayah Rentas Sempadan (AMMTC) Ke-19, yang akan bermula pada Isnin.
Ketua Polis Melaka Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, sepanjang lima hari berlangsungnya mesyuarat itu seramai 569 pegawai dan anggota ditugaskan.
“PDRM sentiasa bersiapsiaga sepanjang berlangsungnya mesyuarat dan seramai 569 petugas ditugaskan khusus untuk AMMTC.
“Untuk makluman semua tiada jalan utama yang ditutup kecuali semasa digunakan oleh tetamu kehormat dan orang kenamaan (VVIP),” katanya.
Menurut Dzulkhairi, PDRM sentiasa komited dalam memastikan keselamatan delegasi antarabangsa serta orang awam sepanjang persidangan.
“PDRM akan terus memantau rapi setiap aspek keselamatan termasuklah lokasi tumpuan sepanjang AMMTC berlangsung,” katanya.
AMMTC ke-19 akan dihadiri negara-negara seperti Indonesia, Brunei, Singapura, Thailand, Kemboja, Laos, Vitenam dan Filipina, selain turut menampilkan pemerhati serta rakan dialog dari China, Jepun dan Korea Selatan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
KILANG KOPI DAN BISKUT HILANG STATUS HALAL, GUNA BERUS DISAHKAN BULU BABI
BANDARAYA MELAKA 1 April - Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) sebuah kilang kopi dan biskut di Melaka ditarik selepas penemuan...
IMAM DIUJI MASALAH SARAF DI KEPALA, MAIM HADIR HULUR BANTUAN
AYER MOLEK 1 April - Walaupun keadaan fizikalnya nampak sihat, namun siapa sangka seorang Imam 2 Masjid Al Abrar Kampung...
KEM SILAMBAM JANJI PERSEMBAHAN TERBAIK, SASAR DUA EMAS
AYER KEROH 1 April - Kejayaan meraih tiga gangsa pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 di Sarawak menjadi pembakar semangat...
PLATFORM E-DAGANG PACU PENINGKATAN USAHAWAN WANITA MUDA DI MELAKA
MELAKA 1 April - Perkembangan pesat platform e-dagang kini menjadi antara pemacu utama yang melonjakkan penglibatan wanita muda di Melaka...
APM MELAKA REKOD PENINGKATAN KES TANGKAPAN HAIWAN BERBISA
MELAKA 1 April - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka merekodkan peningkatan tangkapan haiwan berbisa terutama ular kepada 1,800 kes...
JPNIN MELAKA TERIMA PERUNTUKAN KHUSUS RM1.2 JUTA DARIPADA KERAJAAN NEGERI
MELAKA 1 April - Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Melaka menerima peruntukan khusus sebanyak RM1.2 juta daripada Kerajaan...

