Sorting by

×

594 MANGSA BANJIR DUN PAYA RUMPUT TERIMA SUMBANGAN

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

PAYA RUMPUT 25 Jun – Seramai 594 keluarga dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput yang terjejas akibat banjir menerima sumbangan daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Bantuan Bencana Kerajaan Negeri.

Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin berkata serahan kepada penerima dilakukan pada Majlis Penyampaian Sumbangan Bencana Banjir Peringkat DUN Paya Rumput di Dewan Bunga Tanjung , Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Tanjung Minyak, di sini, pada Ahad.

Rais yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paya Rumput berkata daripada jumlah tersebut seramai 269 menerima bayaran sagu hati berjumlah RM1,000 daripada NADMA. Sementara itu 325 penerima lagi menerima sumbangan menerusi Bantuan Bencana Kerajaan Negeri Melaka berjumlah RM300.

“Sumbangan melibatkan mangsa terjejas banjir pada November 2024 dan Mac 2025 di Taman Rambai Utama, Taman Rambai Jaya, Kampung Lanjut Manis serta Kampung Tampoi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Program MPJ Dihatiku Bersempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) DUN Bemban di Kampung Asam Kumbang, di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Rais berkata penyerahan sumbangan dan sagu hati bencana itu adalah tanda keprihatinan terhadap nasib rakyat yang terkesan akibat musibah banjir.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

567
Kongsi :
Previous post MAIM, JKM BEKERJASAMA TAMBAH BAIK PENGURUSAN BANTUAN KEBAJIKAN
Next post WRUR BEMBAN RINGANKAN BEBAN MANGSA BANJIR KAMPUNG ASAM KUMBANG