
70 terperangkap di air terjun akibat kepala air
ASAHAN 16 Mei – Seramai 70 pengunjung kawasan rekreasi Air Terjun Laman Tiga budaya, di sini, hari ini cemas akibat terperangkap berikutan arus deras berpunca daripada kejadian kepala air.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1 tengah hari daripada orang awam sebelum jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jasin bergegas ke lokasi kejadian.
“Berdasarkan maklumat awal diterima mangsa membabitkan 70 individu, sejurus sampai di lokasi kami terus melakukan persediaan untuk menyelamatkan mereka terperangkap.
“Setakat jam 3 petang tadi pasukan operasi berjaya menyelamatkan 30 mangsa manakala baki 40 orang lagi masih terperangkap,” katanya.
Beliau berkata, diharapkan operasi menyelamatkan kesemua mangsa berkenaan berjalan lancar berikutan keadaan cuaca tidak menentu ketika ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
DATANG AMBIL BANTUAN SEKOLAH, BAPA 4 ANAK SEBAK DIUMUM MENANG KERETA
LENDU 21 Disember - Seorang bapa tidak menyangka Kedatangannya ke Karnival Masjid Tanah: Kampung Kita untuk mengambil bantuan persekolahan anak-anak...
BUSANA ARAB ILHAM NENEK BAWA TUAH
LENDU 21 Disember - Cetusan idea nenek, membawa tuah buat Amiza Tun Salmiah Mohamad Sukor, apabila dia diumumkan johan kategori...
MASJID TANAH: KAMPUNG KITA 2026 BERSKALA LEBIH BESAR
LENDU 21 Disember - Lebih mega dan berskala lebih besar tahun depan. Itu perancangan Karnival Masjid Tanah: Kampung Kita 2026...
BUSANA UNIK KELUARGA NUR SYUHADAH TARIK PERHATIAN TOK RAUF
LENDU 21 Disember - Busana etnik Iban digayakan Nur Syuhadah Abdullah, diumumkan sebagai pemenang utama pakaian menarik yang dipilih sendiri...
MASJID TANAH: KAMPUNG KITA JADI ACARA TAHUNAN
LENDU 21 Disember - Karnival Masjid Tanah: Kampung Kita akan diangkat sebagai acara tahunan selepas kejayaan edisi sulungnya menggamit kehadiran...
LAHIR PEWARIS KEJAYAAN MASJID TANAH
LENDU 21 Disember - Penganjuran Karnival Masjid Tanah: Kampung Kita menjadi satu manifestasi oleh Kerajaan Negeri dalam menghargai seluruh anak-anak...
