Sorting by

×

700 MERIAHKAN KEJOHANAN PIALA KETUA BAHAGIAN MASJID TANAH

Masa Membaca:1 Minit, 19 Saat

LENDU 7 September – Lebih 700 atlet dan pegawai memeriahkan Kejohanan Sukan Piala Ketua Bahagian Masjid Tanah berlangsung di Kompleks Rakan Muda Lendu, Masjid Tanah, di sini hari ini.

Pengerusi pertandingan merangkap Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer berkata, penyertaan melibatkan pasukan terbaik atau juara setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Masjid Tanah.

Katanya, pertandingan melibatkan lapan jenis sukan iaitu bola sepak, sepak takraw, futsal, bola jaring badminton dan snuker selain dua permainan tradisional iaitu konda kondi serta dam aji.

“Juara bagi setiap sukan melibatkan DUN Kuala Linggi, Tanjung Bidara, Ayer Limau, Taboh Naning dan Lendu beraksi dalam kejohanan kali ini. Semua ini adalah sebagai persediaan untuk menghadapi cabaran lebih sengit pada saingan Sukan Melaka Piala Ketua Menteri tidak lama lagi.

“Saingan peringkat parlimen ini adalah sebagai medan pemanas badan, kita mahu pasukan dan atlet bertanding nanti lebih bersedia, sekali gus membawa pulang kemenangan,” katanya ketika ditemui di tapak keohanan.

Selain debaran menyaksikan aksi pasukan bertanding, keohanan turut dimeriahkan dengan kehadiran Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Bidara.

Ab Rauf diiringi Setiausaha Politik beliau, Datuk Abdul Hakim Abdul Wahid, meluangkan masa beramah mesra bersama atlet selain menyampaikan hadiah bagi johan, Naib johan dan tempat ketiga sukan futsal, bola jaring, snuker dan konda kondi.

Hameed yang juga Adun Ayer Limau berharap pengalaman dan pendedahan diperoleh menerusi penganjuran itu akan mematangkan lagi semua pasukan mewakili Parlimen Masjid Tanah yang bakal berdepan saingan 28 DUN seluruh Melaka nanti.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

422
Kongsi :
Previous post CABARAN 10 KILOMETER MENELUSURI SUNNAH RASULULLAH
Next post DUN PAYA RUMPUT SEMARAK PATRIOTISME, SAMBUTAN MERDEKA JADI ACARA TAHUNAN