
Sasar murid cemerlang UPKK DUN Asahan meningkat
ASAHAN 15 Disember – Seramai 176 murid bakal menduduki Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) Januari tahun hadapan diraikan pada Majlis Bacaan Yasin dan Solat Hajat di Masjid An-Nur Felda Bukit Senggeeh, di sini, semalam.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asahan, Datuk Fairul Nizam Roslan berkata, calon UPKK berkenaan adalah murid 11 Sekolah Rendah Agama (SRA) Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) itu.
“Matlamat utama penganjuran majlis ini adalah untuk mendoakan kejayaan anak-anak DUN Asahan yang akan menduduki UPKK selain mengeratkan lagi hubungan persaudaraaan.
“Tahun lalu, seramai 30 murid dalam DUN Asahan memperoleh keputusan cemerlang 8A dalam UPKK. Jadi untuk yang akan datang kita harap jumlah itu meningkat,” katanya ketika ditemui pada majlis itu.
Fairul Nizam yang juga Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri berkata, majlis tersebut merupakan julung kali diadakan secara berkelompok dan besar-besaran yang mengumpulkan semua calon serta ibu bapa mereka.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KUTIPAN SAMPAH DI MELAKA DIAWALKAN PADA MALAM RAYA
KLEBANG 13 Mac - Operasi kutipan sisa domestik di Negeri Melaka akan diawalkan bermula jam 12.30 tengah malam pada malam...
SUNGAI MELAKA JADI SAKSI ANAK MUDA KHATAM AL-QURAN
DUYONG 13 Mac - Alunan ayat suci al-Quran bergema sepanjang perjalanan menelusuri Sungai Melaka sekali gus menjadi saksi syiar Islam...
AB RAUF SANTUNI PENIAGA, PENGUNJUNG BAZAR RAMADAN PEKAN MERLIMAU
MERLIMAU 13 Mac – Suasana di Bazar Ramadan Pekan Merlimau bertambah meriah apabila Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf...
AB RAUF SAMPAIKAN BANTUAN RAMADAN KEPADA WARGA JASIN
JASIN 13 Mac – Seramai 150 penerima dalam kalangan asnaf, Orang Kurang Upaya (OKU), mualaf, anak-anak yatim serta ibu atau...
JIRAN PEMURAH JENTIK HATI CEF AMANN TEOH PELUK ISLAM
BANDARAYA MELAKA 12 Mac - Sifat pemurah jiran Muslim dari Lubnan yang tidak pernah lokek bersedekah walaupun hidup sederhana menjadi...
PARKIR PERCUMA SEMPENA AIDILFITRI DIJANGKA GAMIT PELANCONG KE MELAKA
AYER KEROH 12 Mac - Inisitif parkir percuma dilaksanakan Kerajaan Negeri besempena cuti sambutan Hari Raya Aidilfitri mampu menggamit lebih...
