
Peniaga, penghantar makanan ditahan lakukan ugut, pemerasan
KUALA LUMPUR, 22 April – Seorang peniaga dan seorang penghantar makanan ditahan Sabtu lepas kerana disyaki melakukan pemerasan terhadap seorang lelaki dan mengugut beliau berhubung kereta sewa.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohd Azam Ismail berkata kedua-dua suspek lelaki berumur 29 dan 30 tahun itu ditahan di Taman Dato Ahmad Razali dekat sini, kira-kira 2.15 petang dan polis turut merampas dua telefon bimbit dan tujuh dokumen bagi membantu siasatan.
“Siasatan mendapati pengadu telah menyewakan kereta Toyota Alphard kepada seorang daripada suspek dan mahu mengambil semula keretanya namun suspek meminta bayaran kepada pengadu untuk kereta itu dikembalikan.
“Semakan juga mendapati seorang daripada suspek mempunyai tiga rekod jenayah lampau,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Azam berkata suspek juga telah mengugut lelaki berkenaan yang bekerja sebagai ejen insurans dengan menghantar gambar api, parang, pistol serta menakut-nakutkan untuk merosakkan kenderaannya.
Beliau berkata kedua-dua suspek direman selama empat hari bemula semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan dan Seksyen 507 Kanun Keseksaan.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SEORANG WANITA MAUT, DUA PEMANDU CEDERA DALAM KEMALANGAN DI MIRI
SIBU 22 Mac - Seorang wanita maut manakala dua lagi cedera dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dan kenderaan pacuan empat...
CUACA PANAS: ELAK PEMBAKARAN TERBUKA
PAYA RUMPUT 22 Mac - Orang ramai di negeri ini diingatkan supaya tidak melakukan pembakaran terbuka kerana ia merupakan satu...
25,000 PENGUNJUNG MERIAHKAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI DUN PAYA RUMPUT
PAYA RUMPUT 22 Mac - Kira-kira 25,000 pengunjung memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput di...
KONTRAKTOR RUGI LEBIH RM300,000 DIPERDAYA SKIM PELABURAN TIDAK WUJUD
TEMERLOH 22 Mac - Seorang kontraktor kerugian RM356,342 selepas terperdaya dengan skim pelaburan tidak wujud yang diiklankan melalui laman sesawang...
DUA LELAKI DITAHAN CUBA CURI KABEL DI JAM BESAR
SUNGAI PETANI 22 Mac - Dua lelaki ditahan selepas dipercayai cuba mencuri kabel berhampiran Dataran Jam Besar di sini, petang...
DARIPADA RASA INGIN TAHU, ‘YB SEM’ BERJAYA PUASA LEBIH 20 HARI
MACHAP JAYA 22 Mac — Tanpa latar belakang agama Islam, beliau memilih untuk bangun sahur, menahan lapar dan dahaga, bukan...
