
19 terselamat bas jatuh gaung
LAHAD DATU 21 Jun – Sebuah bas ekspres yang membawa 19 orang termasuk dua pemandu dan seorang konduktor terbabas lalu terjatuh ke dalam gaung di Batu 9, Jalan Silam, di sini malam tadi.
Bagaimanapun, Ketua Bomba dan Penyelamat Lahad Datu Sumsoa Rashid berkata hanya empat daripada mereka mengalami kecederaan dan kini stabil di Hospital Lahad Datu manakala yang lain hanya cedera ringan.
“Bas dalam perjalanan dari Semporna ke Kota Kinabalu ini terjatuh ke dalam gaung dengan kecerunan gaung itu lebih kurang 50 meter, beberapa individu berjaya keluar sendiri daripada bas,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Menurut laporan media malam tadi, bomba menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 9.24 malam dan 20 anggota Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu serta tiga anggota Pasukan Bomba Sukarela Silam bergegas ke lokasi kejadian. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
JEREBU: SEKOLAH DITUTUP, PKSK DAN STAM TETAP BERJALAN
AYER KEROH 12 Oktober – Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) dan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) di Melaka diteruskan...
MPHTJ KONGSI AMALAN HIJAU DI PERINGKAT ANTARABANGSA
AYER KEROH 12 Oktober - Usaha mengurus penggunaan tenaga secara cekap di Kompleks Melaka Mall membuka ruang kepada Majlis Perbandaran...
JEREBU: SEMUA SEKOLAH DI MELAKA TUTUP ESOK
AYER KEROH 12 Oktober - Semua sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) di...
KESIHATAN MENTAL REMAJA: KENALI TANDA, BERIKAN SOKONGAN AWAL
AYER KEROH 12 Oktober - Kira-kira satu daripada 10 remaja bersekolah berusia 13 hingga 17 tahun melaporkan pernah membuat rancangan...
PEKA B40, MEDIPULIH SERAH KAD RAHMAH BLOOM MEKAR KEPADA 84 ANAK ASNAF
BUKIT KATIL 12 Oktober - Seramai 84 anak-anak penerima bantuan zakat berusia 18 hingga 25 tahun menerima Kad Rahmah Bloom...
STL 2026: MELAKA TITANS BURU SEBANYAK MUNGKIN GELARAN
BANDARAYA MELAKA 12 Oktober – Melaka Titans mempertaruhkan gandingan pemain kebangsaan berpengalaman dan pemain import Thailand, Aekasit Naphom bagi memburu...

