
Pemandu mabuk rempuh polis trafik direman empat hari
JOHOR BAHRU 15 Julai- Seorang lelaki yang dipercayai memandu dalam keadaan mabuk sehingga mengakibatkan seorang anggota polis trafik cedera parah ketika bertugas di Kilometer 3.6 Jalan Pantai menghala ke Permas Jaya di sini semalam, direman empat hari.
Perintah tahanan reman hingga Khamis terhadap suspek berumur 30-an itu dikeluarkan oleh Majistret Nur Fatin Mohamad Farid.
Kes disiasat mengikut Seksyen 44(1A)(B) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu di bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kecederaan.
Semalam, media melaporkan seorang anggota polis trafik cedera parah akibat dirempuh pemandu mabuk ketika sedang mengawal lalu lintas di Kilometer 3.6 Jalan Pantai menghala ke Permas Jaya.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat berkata dalam kejadian 7.05 pagi itu, mangsa lelaki berusia lingkungan 30-an mengalami patah tulang pinggul sebelah kiri dan luka pada bahagian muka, dagu serta tangan sebelah kanan. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MPV DIHEMPAP POKOK TUMBANG: ENAM TERMASUK KANAK-KANAK TERSELAMAT
JASIN 20 Ogos - Enam individu termasuk dua kanak-kanak terselamat apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka dihempap pokok tumbang...
LAMPU SOLAR TERANGI LOKASI GELAP DUN KUALA LINGGI
KUALA LINGGI 20 Ogos - Pemasangan lampu solar di lokasi gelap dan laluan berisiko berlaku kemalangan antara usaha berterusan dilaksanakan...
MAIM GALAK UMAT ISLAM PERKASA INSTRUMEN SAHAM WAKAF
PENGKALAN BATU 19 Ogos - Umat Islam digalakkan untuk menyumbang kepada saham wakaf Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) bagi pembinaan...
MPAG ‘SEGARKAN’ TAMAN REKREASI BUKIT BERINGIN
ALOR GAJAH 19 Ogos - Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) terus memperkasa kemudahan awam dalam kawasan pentadbirannya menerusi projek naik...
THANUSAA CIPTA KEJUTAN, SUMBANG EMAS UNTUK MELAKA
AYER KEROH 19 Oktober - Melaka terus menambah kutipan pingat emas pada Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor apabila atlet skuasy wanita,...
KARNIVAL FALAK BENTUK SAHSIAH UNGGUL MUSLIM
TANJUNG BIDARA 19 Ogos - Penganjuran Karnival Falak Peringkat Kebangsaan 2026M/1448H di Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu pada 11...
