
Melaka perkukuh hubungan dakwah di Pulau Koh Panyee, Thailand
AYER KEROH 27 Julai – Kerajaan Melaka terus memperkukuh hubungan dakwah di nusantara menerusi lawatan ke sebuah pulau di Teluk Andaman, Thailand yang mempunyai populasi kira-kira 2,000 umat Islam.
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri Datuk Rahmad Mariman berkata, lawatan itu diadakan bertujuan untuk mengeratkan hubungan sesama Muslim, di samping menyampaikan sumbangan daripada Majlis Agama Islam Melaka (MAIM).
Beliau yang juga Timbalan Pengerusi MAIM berkata, sumbangan kepada Panyee Darussalam Mosque itu bertujuan untuk membantu rumah Allah itu terus memperbanyakkan aktiviti dakwah kepada umat Islam di sana.
“Saya difahamkan daripada kira-kira 2,000 umat Islam yang menetap di sini berasal dari Pulau Jawa, Indonesia dan mereka telah menghidupkan syiar Islam di pulau ini.
“Justeru, saya mewakili MAIM telah mengadakan pertemuan bersama imam dan jawatankuasa masjid untuk menyampaikan sedikit sumbangan agar aktiviti dakwah dapat terus diperluaskan di pulau ini,” katanya.
Terdahulu, pada lawatan itu, Rahmad bersama delegasi turut berkesempatan menunaikan solat Jumaat di masjid berkenaan, selain menyantuni umat islam yang berada di sana.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
DARI KAMPUNG PULAU, KUIH BAKAR DAK SERUL LEBAR SAYAP DI MIHF 2026
AYER KEROH 9 Ogos - Hanya enam keping jualan sehari suatu ketika dahulu, kini Asrul Effendi Abd Aziz, 49, mampu...
MENARA TAMING SARI TERUS UNGGUL, DINOBAT ‘OBSERVATION TOWER’ TERBAIK
AYER KEROH 9 Ogos - Menara Taming Sari terus menjulang nama Melaka di pentas industri pelancongan apabila dinobatkan sebagai ‘Best...
ISU BANJIR TANGGA BATU DIBERI PERHATIAN, RM175 JUTA PROJEK MITIGASI DIGERAKKAN
PAYA RUMPUT 9 Ogos – Usaha menangani banjir di Parlimen Tangga Batu terus diperkasa menerusi pelaksanaan projek penyelenggaraan dan naik...
LEBIH RM944 JUTA PACU KEMAJUAN, SEJAHTERAKAN RAKYAT TANGGA BATU
PAYA RUMPUT 9 Ogos - Hampir RM944.5 juta telah diperuntukkan bagi pelbagai inisiatif pembangunan dan kesejahteraan rakyat di Parlimen Tangga...
‘JADI RAKYAT DAHULU, BARU FAHAM HASRAT RAKYAT’ – AB RAUF
PAYA RUMPUT 9 Ogos - Seseorang wakil rakyat perlu terlebih dahulu memahami denyut nadi dan hasrat rakyat demi melaksanakan amanah...
WRUR: LEBIH 60 PERATUS ADUAN RAKYAT TANGGA BATU SELESAI
PAYA RUMPUT 9 Ogos – Sebanyak lebih 60 peratus atau bersamaan 343 aduan rakyat yang diterima menerusi Program Wakil Rakyat...
