
Dua anggota polis ditahan disyaki lakukan pemerasan
SHAH ALAM 29 Julai – Dua anggota polis ditahan dipercayai melakukan pemerasan wang terhadap warga asing di Jalan Taming Sari, Kajang, Selangor.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata tangkapan dilakukan selepas polis memeriksa video tular memaparkan dua anggota yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang itu dipercayai sedang memeras wang daripada seorang lelaki.
Beliau berkata kedua-duanya kini direman hingga esok untuk siasatan mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan.
“Polis kontinjen Selangor tidak akan melindungi mana-mana pegawai kanan, mahupun pegawai rendah yang didapati terlibat dalam kesalahan jenayah. Siasatan akan dijalankan sepenuhnya mengikut jenayah yang dilakukan tanpa kompromi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Terdahulu tular menerusi media sosial video memaparkan dua anggota polis dipercayai ketika sedang melakukan rondaan telah menahan sebuah kereta dinaiki warganegara asing dan telah memeras sejumlah wang daripada seorang lelaki.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
PEKANBARU-MELAKA JAMBATAN BAHARU PELANCONGAN SERANTAU
KESIDANG 10 Jun - Melaka optimis merekodkan peningkatan sehingga 30 peratus pelancong Indonesia tahun ini susulan pembukaan semula laluan penerbangan...
MELAKA REKOD KUTIPAN ZAKAT LEBIH RM62 JUTA SETAKAT 31 MEI
AYER KEROH 10 Jun - Kutipan zakat di Melaka berada pada landasan positif apabila merekodkan pencapaian berjumlah RM62,535,789.20 setakat Januari...
16 AGENSI KORPORAT SUMBANG ZAKAT PERNIAGAAN LEBIH 8 JUTA
AYER KEROH 10 Jun - Sebanyak 16 agensi korporat menyampaikan bayaran zakat perniagaan berjumlah RM8,305,105.72 pada Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan...
MAIM BANTU ASNAF BERDIKARI, JANA PENDAPATAN SENDIRI
BANDA HILIR 10 Jun - Asbab daripada bantuan disalurkan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menyuntik semangat buat keluarga asnaf mualaf...
SCAMMER TAWAR HARGA MURAH UNTUK PERANGKAP MANGSA
AYER KEROH 10 Jun – Tawaran barangan pada harga terlalu murah dikenal pasti sebagai modus operandi kerap digunakan sindiket penipuan...
MELAKA TERIMA KLINIK PERGIGIAN BERGERAK BERNILAI RM1.6 JUTA
SERI NEGERI 10 Jun - Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKN) Melaka menerima sebuah klinik pergigian bergerak bernilai RM1.6 juta yang...

