
Lelaki keldai akaun ditahan. mangsa kerugian hampir RM80,000
GEORGE TOWN 7 Ogos – Polis menahan seorang lelaki disyaki menjadi keldai akaun kepada sindiket penipuan sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM79,468 dalam kejadian di Bayan Lepas baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Kamarul Rizal Jenal berkata lelaki berumur 42 tahun itu ditahan polis Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Barat Daya di sini semalam, ekoran laporan polis dibuat oleh mangsa.
“Berdasarkan siasatan, mangsa telah tertarik dengan pelaburan yang diiklankan di laman sosial Facebook sebelum berhubung dengan seorang wanita melalui aplikasi WhatsApp bagi mengetahui mengenai pelaburan terbabit.
“Mangsa kemudian telah membuat beberapa transaksi secara dalam talian ke beberapa akaun bank dengan jumlah keseluruhan RM69,888 dan turut membuat pinjaman wang secara dalam talian serta membuat beberapa transaksi lagi dengan jumlah RM9,580,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Beliau berkata hingga kini mangsa tidak menerima pulangan pelaburan dan jumlah keseluruhan kerugian yang dialami oleh pengadu sebanyak RM79,468.
Menurut Kamarul Rizal, lelaki yang ditahan ialah pemilik akaun yang digunakan sindiket penipuan itu untuk memperdaya mangsa dan kini direman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu tipu. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
TAMBAHAN BANTUAN STR, SARA BERI IMPAK BESAR BUAT RAKYAT
AYER KEROH 12 Oktober - Peningkatan peruntukan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) amat membantu rakyat untuk...
BELANJAWAN 2027: USAHA MELAKA PERKASA TVET DAPAT PERHATIAN DAN PENGIKTIRAFAN
AYER KEROH 12 Oktober - Pemilihan Melaka sebagai negeri tumpuan pelaburan dan pembangunan bakat menerusi inisiatif Melaka Centre of Excellence...
JEREBU: SEKOLAH DITUTUP, PKSK DAN STAM TETAP BERJALAN
AYER KEROH 12 Oktober – Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) dan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) di Melaka diteruskan...
MPHTJ KONGSI AMALAN HIJAU DI PERINGKAT ANTARABANGSA
AYER KEROH 12 Oktober - Usaha mengurus penggunaan tenaga secara cekap di Kompleks Melaka Mall membuka ruang kepada Majlis Perbandaran...
JEREBU: SEMUA SEKOLAH DI MELAKA TUTUP ESOK
AYER KEROH 12 Oktober - Semua sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) di...
KESIHATAN MENTAL REMAJA: KENALI TANDA, BERIKAN SOKONGAN AWAL
AYER KEROH 12 Oktober - Kira-kira satu daripada 10 remaja bersekolah berusia 13 hingga 17 tahun melaporkan pernah membuat rancangan...
