
Hayati dan kenang jasa pejuang kemerdekaan
AYER KEROH 14 Ogos – Semua kakitangan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) diminta untuk bersama-sama menghayati jasa pemimpin dan pejuang kemerdekaan negara.
Timbalan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Zulkiflee Mohd Zin berkata, saranan itu bukan sekadar mengambil ‘mood’ bersempena sambutan Bulan Kemerdekaan sebaliknya mampu menyemai rasa cintakan tanah air.
“Sambutan Hari Kebangsaan Ke-67 tahun ini diharap akan terus menyuburkan kemakmuran negara selain mengukuhkan perpaduan yang membawa kesejahteraan kepada rakyat Malaysia.
“Tema Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia Tahun ini iaitu Malaysia Madani: Jiwa Merdeka, sebenarnya melambangkan kesepaduan secara hilostik dan perlu dihayati oleh semua warga kerja MPHTJ,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap seterusnya menyempurnakan Majlis Perhimpunan Bulanan Pentadbiran Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) Bilangan 7 dan Pelancaran Kempen Jalur Gemilang Peringkat MPHTJ di Melaka Mall, semalam.
Hadir sama, Yang Dipertua MPHTJ, Datin Sapiah Haron.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
JUALAN PRIHATIN DUN PAYA RUMPUT DISERBU, TAWAR AYAM RM7 DAN DAGING RM25
PAYA RUMPUT 18 Mac - Jualan Prihatin Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput menerima sambutan luar biasa apabila orang ramai...
OPS HRA 2026: JPJ MELAKA AMBIL TINDAKAN TERHADAP 430 KENDERAAN, ENAM DISITA
MELAKA, 18 Mac - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka mengambil tindakan terhadap 430 kenderaan selain menyita enam yang lain dalam...
HUFFAZ TAPI HEBAT MENYELAM, PULAU BESAR KINI ‘KILANG’ TAHFIZ TVET
AYER MOLEK 18 Mac - Maahad Tahfiz Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) pertama negara yang memperkenalkan persijilan kursus...
DUGAAN MENJELANG SYAWAL, 50 RUMAH DI BUKIT RAMBAI ROSAK DIBADAI RIBUT
MELAKA, 18 Mac - Sambutan Aidilfitri sebahagian penduduk di Bukit Rambai di sini suram selepas rumah mereka mengalami kerosakan akibat...
MAIM RINGANKAN BEBAN MANGSA RIBUT KAMPUNG PULAU SAMAK
KESIDANG 18 Mac - Dugaan Ramadan. Itu situasi menggambarkan nasib 11 keluarga di Kampung Pulau Samak, di sini, apabila diuji...
MELAKA TUMPU PULIHKAN KOPERASI TIDAK AKTIF
AYER KEROH 18 Mac - Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Negeri Melaka komited mahu memulihkan 15 peratus daripada jumlah koperasi yang...
