
Banjir: Hanya 11 masih berada di PPS
ALOR GAJAH 14 Ogos – Mangsa banjir di daerah Alor Gajah terus menurun apabila hanya 11 ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS), setakat jam 12 tengah hari tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Melaka dalam satu kenyataan memaklumkan jumlah itu membabitkan empat keluarga yang ditempatkan di satu-satunya PPS yang masih dibuka iaitu di Balai Raya Seri Jeram.
Menurut kenyataan sama, setakat ini masih terdapat sembilan kawasan terjejas banjir iaitu Kampung Paya Lebar, Kampung Seri Jeram, Kampung Teluk Berembang, Kampung Titian Bintangor dan Kampung Pengkalan Pauh.
Ia turut membabitkan Kampung Ladang, Kampung Keramat Lebai, Taman Desa Bayu dan Felcra Ayer Molek.
“Pemantauan berterusan akan terus dilakukan semua agensi terlibat sehingga keadaan kembali pulih,” kata kenyataan itu.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
JUALAN PRIHATIN DUN PAYA RUMPUT DISERBU, TAWAR AYAM RM7 DAN DAGING RM25
PAYA RUMPUT 18 Mac - Jualan Prihatin Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput menerima sambutan luar biasa apabila orang ramai...
OPS HRA 2026: JPJ MELAKA AMBIL TINDAKAN TERHADAP 430 KENDERAAN, ENAM DISITA
MELAKA, 18 Mac - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka mengambil tindakan terhadap 430 kenderaan selain menyita enam yang lain dalam...
HUFFAZ TAPI HEBAT MENYELAM, PULAU BESAR KINI ‘KILANG’ TAHFIZ TVET
AYER MOLEK 18 Mac - Maahad Tahfiz Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) pertama negara yang memperkenalkan persijilan kursus...
DUGAAN MENJELANG SYAWAL, 50 RUMAH DI BUKIT RAMBAI ROSAK DIBADAI RIBUT
MELAKA, 18 Mac - Sambutan Aidilfitri sebahagian penduduk di Bukit Rambai di sini suram selepas rumah mereka mengalami kerosakan akibat...
MAIM RINGANKAN BEBAN MANGSA RIBUT KAMPUNG PULAU SAMAK
KESIDANG 18 Mac - Dugaan Ramadan. Itu situasi menggambarkan nasib 11 keluarga di Kampung Pulau Samak, di sini, apabila diuji...
MELAKA TUMPU PULIHKAN KOPERASI TIDAK AKTIF
AYER KEROH 18 Mac - Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Negeri Melaka komited mahu memulihkan 15 peratus daripada jumlah koperasi yang...
