
Tahan sakit 40 minit tangan tersepit dalam mesin kupas sabut kelapa
IPOH, 22 Ogos – Seorang pekerja warga Bangladesh terpaksa menahan kesakitan lebih 40 minit sebelum tangan kanannya yang tersepit dalam mesin kupas sabut kelapa berjaya dikeluarkan bomba dalam kejadian yang berlaku di Bagan Datuk, tengah hari tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata mangsa Miraj Hossain, 35, mengalami kecederaan parah pada pergelangan tangan kanannya, selepas insiden itu.
Beliau berkata pihaknya menerima panggilan pada 12.03 tengah hari sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Hutan Melintang tiba di lokasi kejadian kira-kira 20 minit kemudian.
“Ketua Operasi mengarahkan anggota menggunakan peralatan hidraulik bagi mengeluarkan tangan mangsa yang tersepit semasa menjalankan rutin kerja harian,” katanya dalam kenyataan.
Sabarodzi berkata proses mengeluarkan pergelangan tangan mangsa daripada mesin tersebut mengambil masa kira-kira 40 minit dan mangsa kemudiannya diberikan rawatan lanjut oleh petugas kesihatan.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
LEMBU, KERBAU TANPA ‘TAGGING’ DI MELAKA BOLEH DIANGGAP TIADA TUAN
MERLIMAU 16 Mei - Melaka mewajibkan semua lembu dan kerbau ternakan di negeri ini dipasang 'tagging' pada telinga sebagai langkah...
MELAKA SALUR RM16.96 JUTA PERKUKUH PERTANIAN, KETERJAMINAN MAKANAN
MERLIMAU 16 Mei - Sejumlah RM16.96 juta telah diperuntukkan menerusi bajet negeri bagi memperkukuh sektor pertanian dan keterjaminan makanan dalam...
835 KEMALANGAN AKIBAT HAIWAN BERKELIARAN DIREKODKAN DI MELAKA
MERLIMAU 16 Mei - Sebanyak lebih 50 aduan dan 835 kemalangan berkait haiwan ternakan berkeliaran telah direkodkan di Melaka sejak...
MELAKA TAWAR INSENTIF ‘TAGGING’ LEMBU, KERBAU PERCUMA HINGGA HUJUNG TAHUN
MERLIMAU 16 Mei - Semua penternak lembu dan kerbau di negeri ini disaran memanfaatkan insentif pemasangan 'tagging' secara percuma bagi...
MELAKA NEGERI PERTAMA PERKENAL ‘KAD PENGENALAN’ LEMBU, KERBAU
MERLIMAU 16 Mei - Melaka muncul negeri pertama di Malaysia memperkenalkan identiti digital yang berfungsi seakan kad pengenalan bagi lembu...
HARI MUZIUM ANTARABANGSA: PERZIM TAWAR POTONGAN TIKET 30 PERATUS
AYER KEROH 16 Mei - Orang ramai berpeluang menikmati potongan harga tiket masuk sebanyak 30 peratus untuk masuk ke muzium...

