
Pesilat Melaka sambar tiga emas
AYER KEROH 23 Ogos – Saingan hari-hari terakhir temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak menyaksikan kontinjen Melaka berjaya menambah beberapa lagi koleksi pingat emas.
Paling mencuri tumpuan adalah dalam acara silat yang menyaksikan tiga pesilat Melaka membuktikan keunggulan mereka untuk meraih pingat emas.
Pingat emas pertama dalam acara sukan seni tempur itu diraih Muhammad Amirul Hakim Jaafar yang berjaya mengungguli silat tanding lelaki Kelas A 45kg – 50kg.
Dalam aksi di Stadium Bandaraya Miri, Muhammad Amirul Hakim menewaskan pesilat Wilayah Persekutuan dengan keputusan 24-17.
Kejayaan itu kemudiannya diteruskan Nur Qistina Batrisya Adinatta dalam kategori wanita Kelas D 60kg – 65kg selepas berjaya menewaskan pesilat Kedah dengan keputusan 26-20.
Hari gemilang bagi kem silat Melaka diteruskan menerusi Muhammad Shuqran Ichlas Mohd Fadil dalam acara Kelas J lelaki.
Kemenangan itu diberikan kerana penyertaan lawannya dari Pahang dibatalkan.
Namun, setakat artikel ini ditulis, keputusan rasmi belum dikeluarkan laman web SUKMA Sarawak kerana difahamkan terdapat bantahan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MeSRa: PERPADUAN TAK TERBINA SEHARI, MELAKA SEMAI SETIAP HARI
AYER KEROH 13 Oktober - Penghayatan Rukun Negara, pengukuhan hubungan kejiranan dan penyuburan semangat patriotisme menjadi antara pendekatan Kerajaan Negeri...
MELAKA BILA LARUT MALAM: IDEA RM10, KINI JADI TARIKAN JUTAAN RINGGIT
AYER KEROH 13 Oktober - Bermula dengan idea membuka pintu produk pelancongan selepas jam 11 malam pada harga serendah RM10,...
MeSRa: MELAKA SALUR JUTAAN RINGGIT BELA NELAYAN, JAGA PETANI DAN PESAWAH
AYER KEROH 13 Oktober - Kerajaan Negeri memperkukuh kebajikan komuniti nelayan, petani dan pekebun kecil menerusi pelbagai inisiatif bantuan kewangan,...
RTB SUNGAI RAMBAI BAKAL NOKTAHKAN RISIKO BANJIR, BERI MANFAT KEPADA 30,000 PENDUDUK
SUNGAI RAMBAI 13 Oktober - Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Rambai diumumkan pada Belanjawan 2027 bakal memberi manfaat kepada...
MAIM PERSIAP ANAK ASNAF TEMPUH ALAM KERJAYA
BUKIT KATIL 13 Oktober - Anak asnaf yang melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi perlu memanfaatkan tempoh pembelajaran untuk membina...
IPU TIDAK SIHAT: SEKOLAH DI MELAKA DITUTUP LAGI ESOK
AYER KEROH 13 Oktober - Semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM)...
