
REMAJA LARI MASUK HUTAN SELEPAS DIMARAHI ABANG
ALOR GAJAH 30 Ogos – Seorang remaja lelaki nekad melarikan diri ke dalam hutan selepas dimarahi abangnya dalam kejadian di Taman Belimbing Harmoni, di sini, malam tadi.
Remaja berkenaan yang mempunyai rekod psikiatri dikatakan hilang selama dua jam, sebelum ahli keluarga bertindak mendapat bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Melaka untuk mencari mangsa.
Komander Operasi Penolong Penguasa Bomba Mohamad Hamizan Mohd Husin berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 9.06 malam sebelum menggerakkan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Gajah untuk misi khidmat khas mencari mangsa.
“Sebaik tiba di lokasi, operasi mencari mangsa telah dimulakan pada jam 9.21 malam di sekitar hutan berkenaan.
“Selepas 35 minit pencarian, mangsa ditemui di kawasan bercerun dalam keadaan penat dan masih cuba menyorokkan diri.
“Mangsa kemudiannya diberikan rawatan kecemasan oleh pasukan EMRS sebelum dihantar pulang ke rumahnya,” katanya.
Beliau berkata, operasi tamat pada jam 10.03 malam.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
GURAUAN JANGAN SAMPAI BERTUKAR JADI BULI
AYER KEROH 13 Oktober - Batas antara gurauan dan perlakuan buli dalam kalangan remaja perlu diberi perhatian bagi mengelakkan perbuatan...
STL 2026: SYAHIR SASAR PRESTASI LEBIH BAIK
BANDARAYA MELAKA 13 Oktober – Pengalaman mengharungi saingan sengit musim lalu mendorong Tekong Melaka Titans, Mohammad Syahir Mohamad Rosdi membuat...
TAMBAHAN BANTUAN STR, SARA BERI IMPAK BESAR BUAT RAKYAT
AYER KEROH 12 Oktober - Peningkatan peruntukan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) amat membantu rakyat untuk...
BELANJAWAN 2027: USAHA MELAKA PERKASA TVET DAPAT PERHATIAN DAN PENGIKTIRAFAN
AYER KEROH 12 Oktober - Pemilihan Melaka sebagai negeri tumpuan pelaburan dan pembangunan bakat menerusi inisiatif Melaka Centre of Excellence...
JEREBU: SEKOLAH DITUTUP, PKSK DAN STAM TETAP BERJALAN
AYER KEROH 12 Oktober – Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) dan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) di Melaka diteruskan...
MPHTJ KONGSI AMALAN HIJAU DI PERINGKAT ANTARABANGSA
AYER KEROH 12 Oktober - Usaha mengurus penggunaan tenaga secara cekap di Kompleks Melaka Mall membuka ruang kepada Majlis Perbandaran...
