
JIWA KOMUNITI MADANI PUPUK KEBERSAMAAN
AYER KEROH 2 September – Program Jalinan Insan Wahana Aspirasi (JIWA) Komuniti MADANI dapat mewujudkan kebersamaan dan membina keharmonian antara pemimpin dan rakyat.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli Abd Halim berkata, program itu juga dapat menerapkan nilai-nilai murni berlandaskan tonggak Malaysia MADANI.
Jelas beliau yang juga Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya, program tersebut merupakan program turun padang dan libat urus Jabatan Penerangan bersama komuniti setempat dalam suasana santai.
“Menerusi aktiviti ini diharap dapat menjelas dan menyebarluaskan kepada masyarakat mengenai inisiatif dan program kerajaan kepada komuniti selain menyampaikan maklumat berkaitan isu-isu semasa yang berlaku dalam negara kepada penduduk setempat.
“Program ini juga bertujuan untuk menggelora dan menyemarak sambutan Hari Kebangsaan yang disambut pada tanggal 31 Ogos,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap menyempurnakan Program JIWA Komuniti MADANI di Dataran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), 31 Ogos lalu.
Hadir sama, Datuk Bandar MBMB Datuk Shadan Othman dan Pengarah Penerangan Negeri Melaka, Ab Rasil Hajatil.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
TINDAKAN SMK SUNGAI RAMBAI TUTUP PAGAR DIPERSETUJUI PIBG
PENGKALAN BATU 18 Mei - Jabatan Pendidikan Negeri Melaka mempertahankan tindakan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Rambai menutup pintu pagar...
PEMERKASAAN TVET ELAK PENGHIJRAHAN BELIA MELAKA
TABOH NANING 18 Mei -Â Pelaksanaan dasar, perancangan dan pelaburan yang masuk ke negeri ini mesti memberikan manfaat kepada rakyat termasuk...
JANGAN RASA KERDIL TETAPI BANGGA JADI GRADUAN TVET
TABOH NANING 18 Mei - Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) umpama 'jambatan emas' yang bukan sahaja menentukan hala...
MENARA TAMING SARI TAWAR DISKAUN ISTIMEWA SEMPENA ULANG TAHUN KE-18
BANDA HILIR 18 Mei - Bersempena sambutan ulang tahun operasinya yang ke-18 Menara Taming Sari menawarkan diskaun istimewa kepada pengunjung...
TERNAK LEMBU ‘IC BIRU’
MACHAP JAYA 18 Mei - Berpegang kepada tekad mahu memastikan pembeli memperoleh daging lembu segar dengan harga berpatutan dan berkualiti...
TUKAR BARANG JADI DUIT DI JASIN, 23 MEI INI
JASIN 18 Mei - Budaya kitar semula terus diperkasakan di Jasin menerusi Program 'Asal Barang Jadi Duit' yang akan diadakan...
