
KANAK-KANAK 10 TAHUN PANDU KERETA: POLIS AMBIL KETERANGAN IBU
Ketua Polis Daerah Seremban ACP Mohamad Hatta Che Din berkata wanita berusia lingkungan 40-an itu dipanggil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban, semalam.
“Kita akan panggil bapa kanak-kanak itu pula dalam waktu terdekat, ketika ini bapanya yang juga berumur dalam lingkungan 40-an itu sedang menerima rawatan kerana sakit jantung,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira 9.30 malam itu, kanak-kanak yang memandu kereta jenis Toyota Corolla bersama jirannya berusia sembilan tahun terbabas ketika melalui selekoh dan merempuh sebuah van yang diparkir di bahu jalan sebelum van itu melanggar sebuah kereta di hadapan.
Bagaimanapun, kedua-dua kanak-kanak berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Mohamad Hatta berkata kes disiasat di bawah Seksyen 39(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, Seksyen 111 akta sama, Kaedah 10 Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959 dan Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA PERKUKUH SOKONGAN KEPADA KELUARGA ANAK AUTISME
DUYONG 13 Oktober - Seminar Keibubapaan dan Pendidikan Inklusif 2026 menjadi platform untuk memperkukuh pemahaman ibu bapa mengenai autisme, khususnya...
GURAUAN JANGAN SAMPAI BERTUKAR JADI BULI
AYER KEROH 13 Oktober - Batas antara gurauan dan perlakuan buli dalam kalangan remaja perlu diberi perhatian bagi mengelakkan perbuatan...
STL 2026: SYAHIR SASAR PRESTASI LEBIH BAIK
BANDARAYA MELAKA 13 Oktober – Pengalaman mengharungi saingan sengit musim lalu mendorong Tekong Melaka Titans, Mohammad Syahir Mohamad Rosdi membuat...
TAMBAHAN BANTUAN STR, SARA BERI IMPAK BESAR BUAT RAKYAT
AYER KEROH 12 Oktober - Peningkatan peruntukan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) amat membantu rakyat untuk...
BELANJAWAN 2027: USAHA MELAKA PERKASA TVET DAPAT PERHATIAN DAN PENGIKTIRAFAN
AYER KEROH 12 Oktober - Pemilihan Melaka sebagai negeri tumpuan pelaburan dan pembangunan bakat menerusi inisiatif Melaka Centre of Excellence...
JEREBU: SEKOLAH DITUTUP, PKSK DAN STAM TETAP BERJALAN
AYER KEROH 12 Oktober – Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) dan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) di Melaka diteruskan...
