
TUJUH KAWASAN DI SEMENANJUNG ALAMI CUACA PANAS SEKURANG-KURANGNYA TIGA HARI
KUALA LUMPUR 24 Oktober – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran cuaca panas tahap satu (berjaga-jaga) di tujuh kawasan di Semenanjung.
Menurut hantaran di Facebook MetMalaysia, kawasan yang terlibat adalah Larut, Matang dan Kuala Kangsar di Perak; Gombak dan Petaling di Selangor; Wilayah Persekutuan Putrajaya; serta Maran dan Temerloh di Pahang.
Kenyataan itu memaklumkan, suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama 3 hari berturut-turut di kawasan tersebut.
Untuk maklumat terkini status cuaca panas harian, orang ramai boleh melayari laman sesawang https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
MELAKA SASAR 200,000 PELANCONG ‘CRUISE’ TAHUN DEPAN
SERI NEGERI 8 Disember - Melaka menyasarkan kedatangan 200,000 pelancong dari jalan laut iaitu menerusi persinggahan kapal persiaran antarabangsa pada...
PROSES KELULUSAN KKDW PUNCA KELEWATAN BAIK PULIH, BINA BAHARU RUMAH
SERI NEGERI 8 Disember - Proses kelulusan peringkat Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dikenal pasti sebagai punca kelewatan pelaksanaan...
43 SEKOLAH MENENGAH DI MELAKA GUNA ‘METAL DETECTOR’ KESAN TELEFON BIMBIT – RAHMAD
SERI NEGERI 8 Disember - Pihak pengurusan 43 buah sekolah menengah di negeri ini menggunakan alat pengesan logam (metal detector)...
SUARA ADUN BELIA DIAMBIL KIRA DALAM PENYEDIAAN BAJET NEGERI MELAKA 2026
SERI NEGERI 8 Disember - Suara Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Belia bukan retorik dan tidak terhenti hanya sebagai rekod...
PERPUSTAKAAN DESA NADI PEMBANGUNAN KOMUNITI
PANTAI KUNDOR 8 Disember - Program Sentuhan Komuniti Bestari merupakan medium terbaik dalam membantu mempromosikan perpustakaan desa apabila melibatkan penyertaan...
GOTONG-ROYONG MPJ BERSAMA KOMUNITI LESTARIKAN DAERAH JASIN
JASIN 8 Disember - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) mempergiat aktiviti lapangan melalui Program Gotong-Royong Mingguan MPJ Bersama Komuniti dijadualkan mengikut...

