
PESARA GURU RUGI LEBIH SETENGAH JUTA DITIPU SYARIKAT PELABURAN EMAS
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata wanita berumur 59 tahun itu telah mula melabur dalam syarikat berkenaan sejak hujung tahun 2021 selepas menjadi anggota sebuah koperasi terkenal di negara ini yang aktif menjalankan kerja-kerja kebajikan dan menaja program-program keagamaan.
Beliau berkata sebagai anggota koperasi itu, pesara berkenaan ditawarkan menyertai pelaburan jual beli emas dengan pulangan tinggi yang diuruskan anak syarikat koperasi tersebut, dan didorong supaya membuat bayaran modal bagi tujuan membeli emas dengan dijanjikan keuntungan tinggi.
“Dalam tempoh Disember 2021 hingga Julai 2022, wanita itu telah membuat 17 kali pindahan wang berjumlah RM620,000 ke dua akaun berbeza atas nama anak syarikat koperasi berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Azli berkata dalam tempoh tersebut wanita yang berasal dari Kuala Nerus itu hanya menerima hasil keuntungan pelaburan sebanyak RM50,000 dan selepas menyedari ditipu, dia telah membuat laporan polis.
Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
WRUR PAPAR REALITI PEMIMPIN SAYANG RAKYAT
KESIDANG 13 Jun - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) menjadi saksi gagasan Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) bukan sekadar slogan,...
ANUGERAH 100 TERBAIK DUN KESIDANG BENTUK KEYAKINAN DIRI MURID
KESIDANG 13 Jun - Pengiktirafan terhadap murid cemerlang menerusi Anugerah 100 Terbaik Dewan Undangan Negeri (DUN) Kesidang disifatkan sebagai satu...
WRUR TELOK MAS BERI PENDEDAHAN ANAK MUDA DUNIA KESUKARELAWANAN
TELOK MAS 13 Jun - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas bukan sahaja menampilkan...
MALIGA ENGGAN MENYERAH, TERUS BERJUANG LAWAN KANSER
KESIDANG 13 Jun - Disebalik wajah yang sentiasa mengukir senyuman, hakikatnya dia kini sedang 'berjuang' dan enggan menyerah kalah melawan...
MAIM SEDIA BANTUAN PENDAFTARAN KE IPT UNTUK ANAK ASNAF
PENGKALAN BATU 12 Jun – Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) terus komited memastikan anak-anak daripada keluarga asnaf tidak tercicir daripada...
POLITEKNIK MERLIMAU RANGKUL EMAS, DINOBAT FAC MASTER, LAYAK KE FIRA WORLD CUP 2027
JASIN 12 Jun - Kontinjen robotik Politeknik Merlimau Melaka (PMM) berjaya mengharumkan nama institusi itu, apabila merangkul satu pingat emas...


