
LEMAS DI TALI AIR: MAYAT ANGGOTA POLIS DITEMUKAN PAGI INI
IPOH 23 Disember – Anggota polis yang hilang selepas dihanyutkan arus deras ketika mandi di tali air di Jalan Utama Changkat Lada, dekat Kampung Gajah ditemukan lemas pagi ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata mayat lelaki berusia 39 tahun itu dijumpai di sekitar tebing kira-kira 3.04 meter dari Pos Kawalan Bomba (PKB) pada 4.55 pagi oleh anggota yang bertugas.
“Mangsa lemas telah dinaikkan dengan menggunakan bucket stretcher, tali webbing dan tali menyelamat. ayat telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Semalam, Sabarodzi memaklumkan seorang anggota polis berpangkat Koperal dikhuatiri lemas akibat dihanyutkan air deras semasa mandi bersama rakannya di kawasan berkenaan.
Sabarodzi memaklumkan mangsa yang bertugas di Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah itu baru selesai menghadiri majlis perjumpaan bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Changkat Lada. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
WRUR BANDA HILIR: MANFAATKAN TEKNOLOGI AI BAGI STATUS ADUAN RAKYAT
BANDA HILIR 2 Jun - Penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam menilai keberkesanan penyelesaian aduan rakyat dicadangkan bagi memastikan setiap...
MUALAF MAIM TEMUI MAKNA SEBENAR IBADAH KORBAN
KESIDANG 1 Jun - Semangat kebersamaan dan gotong-royong dalam ibadah korban menjadi pengalaman cukup bermakna buat mualaf Majlis Agama Islam...
WRUR BANDA HILIR: BAUCAR BELI BELAH RINGANKAN BEBAN B40
BANDA HILIR 1 Jun - Seramai 100 penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Banda Hilir dalam kalangan B40 menerima baucar bernilai...
POLIS NAFI IRING KENDERAAN DIPERCAYAI DINAIKI WARGA ASING
MELAKA, 1 Jun - Polis menafikan agensi keselamatan itu mengiringi beberapa kenderaan dipercayai dinaiki warga asing, di Tanjung Minyak di...
(TERKINI) DUN JOHOR DIBUBAR HARI INI
JOHOR BAHRU, 1 Jun - Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor dibubarkan berkuat kuasa hari ini bagi memberi laluan kepada pelaksanaan...
SENARAI RASMI PENERIMA PINGAT SEMPENA HARI KEPUTERAAN RASMI AGONG TAHUN 2026
KUALA LUMPUR, 1 Jun - Berikut senarai rasmi penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2026 bersempena dengan Ulang Tahun...
