
BOT PENUMPANG LANGGAR SYARAT LESEN DITAHAN
PANTAI KUNDOR 21 Januari – Sebuah bot penumpang yang membawa orang memancing ditahan kerana melanggar syarat sah lesen di perairan berhampiran Tanjung Kling di sini, semalam.
Pengarah Maritim Melaka dan Negeri Sembilan, Kepten Maritim Mohd Khairi Abd Aziz berkata bot berkenaan yang ketika itu membawa orang memancing ditahan pada rondaan rutin anggota penguatkuasaan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sembilan kira-kira 1.3 batu nautika dari barat daya Tanjung Kling pada jam 6 petang.
Katanya, hasil pemeriksaan mendapati bot berkenaan melanggar syarat lesen apabila enjin digunakan bot berkenaan tidak sepadan.
“Enjin yang digunakan jenama berbeza daripada jenama yang direkodkan dalam lesen bot terbabit.
“Berikutan itu, bot tersebut bersama jurumudinya, seorang lelaki berusia 34 ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Maritim Malaysia dalam kenyataan itu turut menegaskan bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang melanggar peraturan ini bagi memastikan keselamatan penumpang dan pematuhan undang-undang di perairan negara.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
FIRST AID STATION: ZON SELAMAT UNTUK PELANCONG KE MELAKA
AYER KEROH 7 Januari - Kewujudan 'First Aid Station' Zon Bebas Kenderaan di Banda Hilir bukan sahaja meningkatkan aspek keselamatan,...
TANAH TERBIAR DIPENUHI SEMAK-SAMUN: PEMBERSIHAN DISEGERAKAN
PENGKALAN BATU 8 Januari - Pembersihan segera dan gotong-royong akan dilakukan bagi membersihkan kawasan tanah terbiar yang dipenuhi semak samun...
PASAR TANI SUNGAI RAMBAI FOKUS PRODUK TEMPATAN
SUNGAI RAMBAI 8 Januari - Pasar tani di Sungai Rambai akan terus beroperasi dengan fokus kepada pengumpulan hasil pertanian serta...
PERZIM MODENKAN MUZIUM MELAKA DENGAN ‘AI CHATBOT ELYSSA’
AYER KEROH 8 Januari – Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) memodenkan sektor permuziuman dengan memperkenalkan AI Chatbot 'Elyssa' sebagai medium interaktif...
MELAKA-TURKIYE METERAI KERJASAMA STRATEGIK BANGUNKAN LIMBUNGAN KAPAL RM1.8 BILION DI SM-WEZ
AYER KEROH 7 Januari – Kerajaan Melaka memperkukuh kedudukan sebagai hab maritim serantau apabila memuktamadkan kerjasama strategik bagi membangunkan projek...
KERAJAAN MELAKA STABIL, TIADA KEPERLUAN DESAK DR. AKMAL LETAK JAWATAN
AYER KEROH 7 Januari - Kerajaan Negeri Melaka di bawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh bersama...
